Harian Metro

Ajal dirempuh bas persiaran

-

“Semalam (kelmarin) hari pertama anak saya (Zhariq Fizry, 20) bekerja di pusat beli-belah

Aeon Bandaraya di sini, dan dia ke sana bersama ibu saudaranya.

“Malangnya, itu juga hari terakhir dia bekerja,” kata Rofizi Mohd Yusof, 44, bapa Zhariq Fizry yang maut dalam kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Hospital Pantai Ayer Keroh-Jalan Tun Abdul Razak, di sini.

Dalam kejadian jam 10.50 malam kelmarin, Zhariq Fizry dan ibu saudaranya, Sabariah Amin, 46, meninggal dunia selepas motosikal Yamaha Ego ditunggang mereka dirempuh bas persiaran membawa 30 pelancong.

Ketika itu, kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung

Batu Gajah, Merlimau,

Jasin, di sini.

Menurut Rofizi, anaknya tinggal dengan Sabariah sejak dua bulan lalu dan dia hanya mengetahui anaknya bekerja di pasar raya berkenaan selepas kemalangan terbabit.

“Arwah Sabariah bekerja sebagai pengawal keselamata­n di pusat beli-belah sama sebab itulah Zhariq Fizry membonceng motosikal berkenaan.

“Sebelum itu, saya tidak tahu dia sudah bekerja. Ketika saya menelefonn­ya pagi semalam pun, dia tidak beritahu mengenai kerja barunya itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, semalam.

Rofizi berkata, panggilan telefon itu perbualan terakhirny­a bersama arwah dan dia sempat mengajak anak lelakinya pulang ke Kuala Lumpur untuk melakukan persiapan Aidilfitri.

 ??  ?? ZHARIQ Fizry
SABARIAH PEGAWAI polis menyiasat keadaan motosikal dinaiki mangsa selepas dirempuh bas persiaran di persimpang­an Lampu Isyarat Hospital Pantai-Jalan Tun Abdul Razak, Ayer Keroh.
ZHARIQ Fizry SABARIAH PEGAWAI polis menyiasat keadaan motosikal dinaiki mangsa selepas dirempuh bas persiaran di persimpang­an Lampu Isyarat Hospital Pantai-Jalan Tun Abdul Razak, Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia