Harian Metro

Tradisi Melayu subur di Dubai

Kayuhan solo ke Makkah singgah di bumi Emiriah Arab Bersatu

- Suliman Abd Lah cnews@nstp.com.my

“Alhamdulil­lah, dipanjatka­n kesyukuran saya akhirnya menamatkan kayuhan sejauh 7,250 kilometer (km) di bumi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan berbaki 2,750km lagi untuk mencapai sasaran asal.

Saya berasa amat bertuah dapat bersua dengan ramai warga Malaysia yang menetap di Dubai dan Abu Dhabi. Kehadiran saya diraikan dalam majlis iftar, tazkirah dan Tarawih di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi, baru-baru ini.

Saya memperuntu­kkan masa beberapa hari di sini memandangk­an sebelum ini tidak berpeluang mengunjung­i tempat menarik di negara persinggah­an lain.

Saya menjalani ibadat puasa, bertarawih, berbuka dan mengambil peluang berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia di sini.

Tidak sangka rupa-rupanya kehadiran saya disedari orang di sini kerana rata-ratanya ramai mengikuti perkembang­an kayuhan saya dalam Harian Metro Online.

Satu perkara menarik perhatian ialah amalan tradisi warga Malaysia pada Ramadan iaitu iftar dari rumah ke rumah secara bergilir-gilir. Cara ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dan berkongsi cerita kerana ada antara mereka bekerja jauh.

Ketika ini juadah Melayu dapat dirasai dan mengubat kerinduan terhadap keluarga di Malaysia. Suasana ini membuatkan saya seolah-olah berada di tanah air.

Selepas Tarawih, saya beriadah bersama rakan basikal di kawasan rekreasi di Al Hudayriat. Ramai juga kumpulan juruterban­g Malaysia berkecimpu­ng dalam bidang basikal.

Saya juga berkesempa­tan menyelengg­ara dan memperbaik­i kondisi basikal yang ribuan kilometer berbakti kepada saya sepanjang misi Kembara Menuju Lambaian Kaabah (KEMLAK).

Keadaan muka bumi di sini landai, namun kayuhan terbatas dengan cabaran suhunya mencecah 46 darjah Celsius serta kayuhan pada sebelah malam tidak dibenarkan pihak berkuasa.

Hanya selangkah lagi saya akan ke Makkah. Pelbagai ujian dan kemanisan disingkapk­an dalam perjalanan dari Thailand, Myanmar, Bangladesh, India dan Pakistan.

Insya-Allah, Selasa ini (hari ini), saya menunaikan umrah di Makkah dan Madinah dengan menaiki kenderaan lain selain basikal.

Selesai umrah, saya kembali ke Abu Dhabi untuk mengambil visa haji yang dikeluarka­n kerajaan Arab Saudi selepas Aidilfitri. Selepas itu, saya menyambung kayuhan ke Makkah.

Di kesempatan ini, saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada warga Malaysia, Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan UAE yang menyokong, mendoakan serta mengikuti perkembang­an saya dari semasa ke semasa sepanjang misi KEMLAK ini.”

 ??  ?? BERSAMA rakyat Malaysia selepas majlis berbuka puasa di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi.
BERSAMA rakyat Malaysia selepas majlis berbuka puasa di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi.
 ??  ?? SULIMAN beriadah bersama rakan basikal di kawasan rekreasi di Al Hudayriat.
SULIMAN beriadah bersama rakan basikal di kawasan rekreasi di Al Hudayriat.
 ??  ?? BERBUKA puasa dalam khemah di Masjid Besar Zayed, Abu Dhabi.
BERBUKA puasa dalam khemah di Masjid Besar Zayed, Abu Dhabi.
 ??  ?? MELAWAT tempat menarik di sekitar Dubai.
MELAWAT tempat menarik di sekitar Dubai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia