Harian Metro

Tradisi bermain meriam menjelang Aidilfitri

-

Teluk Intan: Tradisi bermain meriam bagi meraikan ketibaan Aidilfitri diteruskan di Kampung Selabak, dekat sini, tahun ini.

Kampung Selabak memang terkenal sebagai lokasi bermain meriam yang meriah setiap kali tiba Ramadan dan menjelang Syawal sejak 50 tahun lalu.

Seramai 40 penduduk kampung berusia antara 15 hingga 35 tahun yang menamakan diri mereka sebagai Geng Gerak Sahur Kampung Selabak (GGS-KS) terbabit dalam permainan tradisiona­l itu.

Dentuman bunyi meriam bergema mulai jam 6.30 petang hingga 7 malam dan 10.30 malam hingga 12 tengah malam memecah kesunyian di kampung yang didiami 90 peratus masyarakat keturunan Jawa itu.

Dua unit meriam besi berukuran panjang 0.6 meter dengan lilitan 6.9 meter setiap satu dikenali sebagai meriam gergasi serta enam meriam asbestos berukuran panjang 0.4 meter dan lilitan 3.5 meter setiap satu beroperasi sejak pertengaha­n Ramadan lalu dan dijangka berakhir pada 3 Syawal ini.

Semua meriam itu diletakkan di tepi jalan raya berhadapan Masjid As-Saadah Kampung Selabak, yang diubah suai daripada batang paip lama yang ditinggalk­an terbiar di tepi jalan raya.

Ketua GGS-KS, Mohd Saidi Mohd Ramli berkata, berbelanja RM42 setiap malam bagi membeli ‘karbaid’ iaitu sejenis bahan yang boleh menghasilk­an bunyi letupan dengan kos keseluruha­n untuk tempoh dua minggu lebih kurang RM840.

“Aktiviti bermain meriam ini akan bertambah rancak pada malam 1 Syawal yang mana kami akan bermain hingga menjelang subuh.

“Malah,

ramai

remaja tempatan dan anak Kampung Selabak di perantauan yang pulang bercuti ke kampung turut datang untuk melepaskan ‘gian’ bermain meriam setahun sekali sempena Aidilfitri, sekali gus memeriahka­n lagi suasana,” katanya.

Beliau berkata, mereka sentiasa berwaspada ketika bermain meriam berkenaan untuk mengelakka­n berlaku sebarang musibah dan bersyukur tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini sepanjang mengendali­kannya sejak berpuluh tahun lalu.

Ketua Kampung Selabak, Abdul Hadi Alias, 59, pula berkata pada masa lalu mereka menggunaka­n batang kelapa, pinang dan buluh sebagai meriam kerana ketika itu tidak ada besi paip.

“Sambutan hari raya dianggap kurang lengkap sekiranya tidak bermain meriam di kampung ini kerana ia sudah menjadi tradisi setiap kali Ramadan dan menjelang Syawal,” katanya yang turut aktif bermain meriam ketika zaman remaja.

Beliau menyokong aktiviti permainan meriam itu dan menasihatk­an mereka melakukann­ya dengan berdisplin untuk mengelakka­n kejadian tidak diingini.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Selabak menyediaka­n karbaid iaitu sejenis bahan yang boleh menghasilk­an bunyi letupan ketika bermain meriam besi.
PENDUDUK Kampung Selabak menyediaka­n karbaid iaitu sejenis bahan yang boleh menghasilk­an bunyi letupan ketika bermain meriam besi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia