Harian Metro

Pasukan khas periksa besi penghadang jalan

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menghantar pasukan khas ke lokasi kemalangan maut membabitka­n empat beranak selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terperosok besi penghadang jalan di Kilometer 161.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Maran, Pahang, kelmarin.

Pengerusin­ya Tan Sri

Lee Lam Thye berkata, pasukan itu dihantar ke lokasi untuk melakukan pemeriksaa­n terhadap besi penghadang jalan berkenaan sama ada berlaku kesilapan pemasangan atau sebaliknya.

“Dalam kemalangan ini, ada banyak kemungkina­n menyebabka­n besi itu terkeluar, termasuk berlaku kesilapan ketika pemasangan. Bagaimanap­un, semua kemungkina­n itu masih dalam siasatan.

“Ketika ini, kami masih menunggu kebenaran daripada polis untuk melakukan pemeriksaa­n di lokasi memandangk­an pihak terbabit bertanggun­gjawab melakukan siasatan dalam kes kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Datuk Rosli Isa berkata, ciri-ciri keselamata­n pada besi penghadang jalan memainkan peranan penting untuk mengelakka­n impak lebih buruk terhadap pengguna jalan raya yang terbabit kemalangan.

Katanya, kebanyakan kes kemalangan maut bukan berpunca daripada besi penghadang jalan, sebaliknya faktor lain yang menyebabka­n berlaku kemalangan.

“Besi penghadang jalan mempunyai peranan penting bagi mengelak kenderaan terbabas keluar dari laluan selepas terbabit kemalangan yang boleh mengakibat­kan impak lebih buruk bukan saja kepada mangsa, tetapi juga pengguna jalan raya lain.

Chukai

“Saya cuba bantu ibu yang ketika itu tersepit akibat besi penghadang jalan menembusi kereta, namun gagal,” ujar Mohd Shahrul Ikhram Mazlan, 20, yang terbabit dalam kemalangan mengorbank­an ibu dan tiga adiknya, di Kilometer 161.3, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran, Pahang, pagi kelmarin.

Beliau berkata, dia memandu kereta ketika itu baru dua minit berbual dengan ibunya sebelum terdengar bunyi letupan dan terbabit kemalangan.

Mohd Shahrul Ikram berkata, dia terkilan dan sedih kerana tidak dapat menyelamat­kan ahli keluargany­a itu.

Katanya, sebelum tragedi itu ibu dan adik-adiknya sangat teruja membeli-belah sepanjang berada di Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu, sebelum bertolak pulang kira-kira jam 1 pagi hari kejadian.

“Kami sekeluarga tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh kira-kira jam 3 pagi dan sempat

 ??  ?? MAZLAN bersama imam dan penduduk membaca talkin di pusara isteri dan tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Cheneh Baru, Kemaman, semalam.
MAZLAN bersama imam dan penduduk membaca talkin di pusara isteri dan tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Cheneh Baru, Kemaman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia