Harian Metro

‘SAYA DAH CUBA BANTU IBU...’

-

bersahur di situ.

“Selepas bersahur kami semua solat Subuh dan menyambung tidur di dalam kereta sehingga jam 8 pagi. Saya kemudian menyambung pemanduan menuju ke Kemaman.

“Ketika sedang memandu, ibu tiba-tiba terjaga dan bertanya kami berada di mana dan saya menjawab kami ketika itu berada di Maran. Ibu kemudian menyambung tidur,” katanya.

Dia yang hanya cedera ringan mendakwa memandu tidak laju berikutan teringat pesanan ibu supaya memandu perlahan.

“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, kereta kami tiba-tiba tersasar ke tepi lebuh raya. Sebaik tersedar saya mendapati kereta kami sudah merempuh penghadang jalan.

“Ketika itu kami semua tersepit di tempat duduk dan ibu serta tiga adik beradik lain tidak sedarkan diri.

Kami semua dikeluarka­n orang ramai dan anggota bomba,” katanya ketika ditemui selepas pengebumia­n ahli keluargany­a itu di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru di sini, malam kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin itu, mengorbank­an ibunya,

Azian Abdulah, 50, serta tiga adik beradiknya, Fatin Najwa Mazlan, 27, Fatin Nur

Ardiana Mazlan, 15 dan Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10.

Seorang lagi adiknya, Fatin Nur Athirah, 19, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia