Harian Metro

Simpanan RM8.25j lebur

- Mohd Azam Shah Yaacob am@hmetro.com.my

 Ahli perniagaan diperdaya lelaki mahu jual 3 syarikat tersenarai Bursa Malaysia

Seorang ahli perniagaan ‘lebur’ wang simpanan RM8.25 juta selepas diperdaya seorang lelaki yang mahu menjual tiga syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Mangsa yang berusia lingkungan 50-an, membuat bayaran kepada suspek yang diperkenal­kan oleh rakannya sekitar Julai 2016.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata pada awal perkenalan, suspek menawarkan mangsa untuk membeli saham sebuah syarikat dengan cara skim sewa beli (RTO).

Katanya, mangsa teruja kerana syarikat berkenaan tersenarai di Bursa Malaysia dan membuat dua pembayaran sebanyak RM1 juta dan RM1.5 juta kepada lelaki terbabit.

“Selepas membuat pembayaran berjumlah RM2.5 juta itu, suspek kemudian menawarkan pembelian sebuah lagi syarikat di Bursa Malaysia dengan alasan bagi mengukuhka­n kedudukan syarikatny­a.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian membuat satu lagi pembayaran sebanyak RM1.95 juta bagi membeli syarikat kedua ditawarkan suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohammad Azlin berkata, pada April tahun lalu, suspek memaklumka­n bahawa urusan pembelian syarikat kedua gagal, namun tidak memulangka­n semula wang berjumlah RM1.95 juta yang dibayar mangsa bagi mendapatka­n syarikat berkenaan.

“Dalam masa sama, suspek menawarkan pula pembelian sebuah lagi syarikat dengan harga RM3.8 juta dengan alasan pemiliknya kekurangan modal bagi menggerakk­an operasi syarikat terbabit.

“Mangsa dimaklumka­n bahawa syarikat ketiga itu mempunyai potensi dalam perniagaan dan kemudian membuat bayaran sebanyak RM3.8 juta kepada suspek,” katanya.

Menurut Mohammad Azlin, selepas menunggu sekian lama, pada Disember lalu, mangsa berjumpa dengan pemilik dua syarikat berkenaan dan terkejut kerana dimaklumka­n tiada urusan penjualan syarikat seperti dijanjikan suspek.

 ?? Mohammad Azlin ?? Mangsa dimaklumka­n bahawa syarikat ketiga itu mempunyai potensi dalam perniagaan”
Mohammad Azlin Mangsa dimaklumka­n bahawa syarikat ketiga itu mempunyai potensi dalam perniagaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia