Harian Metro

Hadiah istimewa

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@nstp.com.my

Pelakon Aeril Zafrel menghadiah­kan kereta mewah jenis Mercedes-Benz C200 berharga RM250,000 kepada isterinya, Wawa Zainal.

Aeril atau Suhairil Sunari, 30, berkata, hadiah itu sebagai tanda penghargaa­n dan terima kasih kepada Wawa kerana menjadi isteri dan ibu yang baik kepada dua anak mereka, Ahmad Fakharuddi­n Attar, 5, dan Hayla Maghfiraht­ul Adzkiyaa, 3.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur dengan limpahan rezeki diberikan. Saya beritahu Wawa mengenai perkara ini dan minta dia pilih sendiri jenis kereta yang disukai.

“Lagi pun, kereta ini dia yang gunakan jadi memang kena ikut cita rasanya. Kalau saya main beli saja, nanti dia tidak suka pula. Merugikan dan membazir sahaja.

“Saya juga membeli nombor kereta khas untuknya. Namun, hadiah ini masih tidak dapat membalas segala jasa dan pengorbana­nnya terhadap saya dan

 Aeril belikan Wawa kereta mewah tanda penghargaa­n

anak,”

Aeril yang juga pelakon Patahnya Sebelah Sayap berkata, dia memilih kereta kerana ia jauh lebih berguna daripada barang

katanya. lain.

Pada masa sama, Aeril menepis tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dia menunjuk-nunjuk atau bersikap riyak.

“Saya tidak pasti jika ada beranggapa­n sedemikian. Namun, saya okey dan tidak mahu ambil peduli. Asalkan saya tidak mengganggu hidup mereka.

“Cuma, ingin dijelaskan saya bukan jenis begitu. Kalau perasan, selama ini mana pernah saya buat semua ini. Perkongsia­n ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada lelaki lain bagaimana untuk menghargai pasangan mereka,” katanya.

 ??  ?? AERIL bersama isteri, Wawa.
AERIL bersama isteri, Wawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia