Harian Metro

‘Badi’ buru babi hutan

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki maut ditembak rakan sendiri selepas mangsa disangkaka­n babi hutan ketika mereka sedang berburu di kawasan Hutan Kampung Sungai Pening, Semenyih, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, kejadian itu dilaporkan suspek berusia 44 tahun yang juga rakan mangsa pada jam 8.30 pagi, kelmarin.

“Siasatan mendapati mangsa berusia 40 tahun dan suspek pergi ke kawasan hutan itu kira-kira jam 1 pagi sebelum mereka berpecah.

“Suspek dipercayai tertembak mangsa kira-kira jam 6 pagi kerana menyangka rakannya itu adalah babi hutan memandangk­an kawasan hutan itu masih gelap,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, siasatan anggota polis forensik mendapati ada lapan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri dan sembilan kesan tembakan di lengan kiri mangsa.

“Mangsa dan

suspek menggunaka­n dua senapang patah buatan sendiri untuk berburu.

“Kami merampas dua senapang sepanjang kira-kira 129 sentimeter itu bersama tujuh peluru hidup,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati mangsa dan suspek yang berbangsa Dusun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil bedah siasat dilakukan di Unit Forensik Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah tembakan di bahagian dada.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 Lelaki maut ditembak rakan jam 6 pagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia