Harian Metro

Tetap lindung agama Islam

- Azura Abas, Manirajan Ramasamy, Mohd Husni Mohd Noor, Zanariah Abd Mutalib, Siti A'isyah Sukaimi cnews@nstp.com.my

Kerajaan akan terus berpegang dan melindungi agama Islam di negara ini dalam pelbagai aspek termasuk pemerintah­an, dasar dan pendirian.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang berpendapa­t kerajaan sedia ada tidak memberi perlindung­an kepada agama Islam.

“Ini tidak tepat. Kami juga bertanggun­gjawab memerintah negara tanpa mengabaika­n perkara yang bertentang­an dengan Islam.

“Ada pihak yang kononnya mendakwa melindungi Islam dan mendirikan kerajaan Islam tapi kita dapati perbuatan mereka juga bertentang­an dengan Islam,” katanya pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini, semalam.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Lebih 2,000 perwakilan dan ahli PPBM dari seluruh negara hadir memeriahka­n program berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia ada tidak teragak-agak dan khuatir untuk melaksanak­an pemerintah­an mengikut agama Islam dan akan membuktika­n tuduhan yang dilemparka­n sesetengah pihak itu tidak benar.

Beliau yang juga Pengerusi PPBM berkata, PH akan mendirikan kerajaan mengikut undang-undang negara

 Dr Mahathir tolak dakwaan sesetengah pihak

dan tidak akan buat sesuatu yang bertentang­an dengan Islam.

“Ini mudah diterima oleh agama lain kerana apabila kita berpegang kepada Islam sebenar, negara ditadbir dengan baik, mengikut undang-undang, bersikap prihatin dan peduli rakyat.

“Ia juga bukan hanya diterima orang Islam tetapi juga yang bukan Islam,” katanya.

Katanya, kerajaan juga tidak akan diskrimina­si terhadap agama lain kerana Islam menyuruh umatnya berpegang kepada keadilan sebagaiman­a disebut berkali-kali dalam al-Quran.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, majlis yang dianjurkan itu bagi menyatakan kesyukuran selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Menurutnya, beliau secara peribadi tidak menyangka dapat mencapai kecemerlan­gan dalam pilihan raya lalu.

 ??  ?? DR Mahathir bersama isteri, Dr Siti Hasmah, Muhyiddin dan ahli baru PPBM, Tan Sri Dr Rais Yatim pada majlis Iftar PPBM di tapak tempat letak kereta bersebelah­an Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
DR Mahathir bersama isteri, Dr Siti Hasmah, Muhyiddin dan ahli baru PPBM, Tan Sri Dr Rais Yatim pada majlis Iftar PPBM di tapak tempat letak kereta bersebelah­an Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia