Harian Metro

‘Kami percaya PM mampu selesaikan... ’

-

Kuala Lumpur: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berasa terpinggir dengan pengagihan jawatan menteri Kabinet kerana percaya kredibilit­i Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu menyelesai­kan isu berbangkit dalam Pakatan Harapan (PH).

Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaik-baiknya beri ruang kepada Dr Mahathir untuk memuktamad­kan rundingan dalam usaha menoktahka­n polemik dalam PH.

Beliau berkata, PH jangan mencontohi sistem Barisan Nasional (BN) yang mana UMNO memainkan peranan mutlak dalam mengagih dan menentukan jawatan.

“Kita sudah buktikan kemenangan dalam pilihan raya yang lalu. Macam (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli perkatakan kita nampak terpinggir itu... kita masih ada ruang lagi.

“Memilih Kabinet ini, kita bukan (amalkan) sistem BN, UMNO kuasa mutlak. Sistem pakatan kita lebih ideal. Dalam kes ini, saya dan Presiden PKR, (Dr) Wan Azizah beri ruang kepada Dr Mahatir untuk lakukan kerana agak memberatka­n kalau kita desak corak perundinga­n. Jadi, bersabar... janji kita bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu program bual bicara, Terus Terang kelolaan Invoke Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook, semalam.

Ketika ditanya sama ada PKR tidak akan menuntut hak berdasarka­n kemenangan lebih banyak kerusi Parlimen berbanding DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada PRU lalu, Anwar berkata, PKR sudah move on (bergerak ke hadapan).

Beliau berkata, seelok-eloknya, beri peluang kepada Dr Mahathir walaupun penyertaan tidak setimpal dengan kekuatan. Bagaimanap­un, PKR perlu memberi sedikit waktu kerana barisan jemaah menteri masih belum lengkap.

“Yang penting, kerja kuat.

“Saya buat keputusan, sampaikan kepada kawan-kawan untuk kita bagi beliau (Dr Mahathir) sokongan. Kamu tadbir, saya beri seluruh sokongan dan kerjasama.

“Walaupun kami berdua pernah ada nostalgia. Lagi pun Dr Mahathir bersetuju dengan agenda kita (reformasi). Ya, jadi buat apa saya nak bermusuh lagi... soal peribadi jangan melebihi kepentinga­n negara demi wajah baharu Malaysia,” katanya.

Kamu tadbir, saya beri seluruh sokongan dan kerjasama Anwar Ibrahim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia