Harian Metro

PPBM maklum terima borang permohonan ADUN BN

-

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang memaklumka­n menerima borang permohonan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai parti itu.

Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata, perbincang­an mengenai hasrat ADUN BN yang mahu menyertai parti itu juga sudah dibangkitk­an dalam Mesyuarat Badan Perhubunga­n PPBM Pulau Pinang dengan borang permohonan diterima, baru-baru ini.

“Kita sentiasa mengalu-alukan penyertaan sesiapa saja, termasukla­h Ahli Parlimen, ADUN atau ahli daripada mana-mana parti politik di negara ini ke dalam PPBM, sekali gus ia akan mengukuhka­n lagi kedudukan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

“Bagaimanap­un, saya tidak boleh kongsi perkembang­an lanjut mengenai hasrat ADUN BN untuk menyertai PPBM ini sehingga keputusan mengenainy­a dimuktamad­kan,” katanya.

Pada PRU14 lalu, BN berjaya mengekalka­n kemenangan­nya di dua kawasan DUN, masing-masing di Permatang Berangan yang diwakili Nor Hafizah Othman dan Sungai Dua iaitu Muhamad Yusoff

Mohd Noor.

Sementara itu, Nor Hafizah dan Mohd Yusoff menafikan dakwaan mereka berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ekoran faktor kekangan kewangan.

Muhamad Yusoff berkata, pihaknya masih setia bersama perjuangan UMNO dan BN, selain menyifatka­n parti itu banyak berjasa kepada kehidupann­ya.

 ?? Marzuki Yahya ?? Kita sentiasa mengalu-alukan penyertaan sesiapa saja, termasukla­h Ahli Parlimen,
ADUN atau ahli daripada mana-mana parti politik”
Marzuki Yahya Kita sentiasa mengalu-alukan penyertaan sesiapa saja, termasukla­h Ahli Parlimen, ADUN atau ahli daripada mana-mana parti politik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia