Harian Metro

Mula hantar borang pencalonan

- Rohaniza Idris dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

 Beberapa pemimpin parti dilihat muncul di ibu pejabat UMNO

Presiden.

Setakat ini, difahamkan ibu pejabat UMNO belum menerima pendaftara­n pencalonan mana-mana pemimpin untuk bertanding jawatan Presiden parti.

Semalam, bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhamad Muhd Taib mencadangk­an Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan berkenaan, namun sehingga hari ini Ahli Parlimen Gua Musang itu terus mengunci mulut berhubung perkara itu.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO yang kini menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein belum menyatakan pendiriann­ya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Presiden parti.

Hishammudd­in kini berada di Tanah Suci kerana mengerjaka­n umrah. Beliau dijangka pulang ke tanah air, esok.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar antara terawal menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Turut menawarkan diri Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Kelibat beberapa pemimpin UMNO di ibu pejabat UMNO dipercayai untuk menghantar borang pencalonan masing-masing, namun ketika disapa wartawan semua membisu enggan mengulas lanjut mengenainy­a.

Antara yang kelihatan, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia