Harian Metro

Suka membazir saudara syaitan

- Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM Dr Aminuddin Mansor

Apa juga perbuatan yang menjurus kepada pembaziran patut dielak dan diberhenti­kan. Semua itu perbuatan Syaitan yang seharusnya dijauhi dan diperangi secaca habis-habisan. Membazir ini bukan saja berkaitan dengan makanan, tetapi turut membabitka­n wang ringgit, pakaian, penggunaan air, elektrik dan sebagainya.

Ramadan bulan yang mendidik hati dan jiwa kita supaya tidak membazir dan seharusnya diteruskan ke bulan yang lain juga. Namun apa yang ketara pada bulan Ramadan ini adalah pembaziran berkaitan dengan makanan.

Lantaran itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya, orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isra’ ayat: 27)

Membazir dapat dijelaskan sebagai berlebih-lebihan sehingga sesuatu terbuang begitu saja. Oleh itu, bagi mengelakka­n pembaziran suatu perancanga­n rapi perlu dilakukan. Jika memasak buatlah anggaran untuk makan beberapa orang bukan buat secara berlebihan.

Begitu juga jika berniaga makanan dan minuman anggarkanl­ah untuk jualan mengikut pembelian yang laku pada hari sebelumnya. Di bazar Ramadan banyak makanan dijual tetapi banyak juga pembaziran apabila tidak laku. Walaupun begitu, ada juga kalangan penjual yang mendermaka­n makanan yang tidak habis itu ke surau dan masjid dan itulah yang lebih baik atau afdal.

Bagi pembeli pula, pembaziran boleh berlaku kerana ketika lapar berpuasa semua makanan di depan mata kelihatan enak dan hendak dibeli. Tetapi apabila dibawa pulang makanan tidak habis dimakan dan dibuang ke dalam tong sampah. Inilah pembaziran yang selalu berlaku dalam kehidupan kita.

Manakala jika memasak di rumah buatlah anggaran untuk makan sekeluarga bagi mengelakka­n pembaziran. Jika ada lebih makanan sedekah kepada jiran tetangga dan juga ke surau dan masjid yang berdekatan bagi mengelakka­n pembaziran dan mendapat pahala.

Apa yang pelik ketika di sana sini orang merungut bercakap mengenai harga pelbagai barangan naik. Realitinya di depan mata pembaziran makanan semasa bulan Ramadan memberi gambaran yang lain ceritanya.

Pembaziran ini bukan cerita baru. Ia bukan saja berlaku di hotel besar dan majlis berbuka puasa tetapi sudah menjadi gejala yang tidak baik di rumah baik di bandar mahupun di kampung. Begitu juga apa yang berlaku di Bazar Ramadan. Hal ini disebabkan ramai yang masih kalah dan tewas pada tarikan nafsu dan godaan syaitan sebelum berbuka. Apabila perut lapar semua makanan hendak dibeli, tetapi banyak yang dibuang akhirnya berlakulah pembaziran.

Kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) menunjukka­n sepanjang Ramadan setiap tahun, rakyat di negara ini membuang 270,000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan semula sudah tentu mengejutka­n.

Apa lagi apabila digambarka­n jika disusun, longgokan makanan ini ia bersamaan dengan ketinggian 30 bangunan KLCC yang setinggi 452 meter. Jika tiada kajian dan perangkaan ini mungkin orang tidak sedar mengenai gambaran menyeluruh dan betapa banyak pembaziran berlaku pada setiap bulan Ramadan.

Justeru, bagi mengelakka­n pembaziran berlaku kesedaran dalam diri perlulah ada bagi mengelakka­n pembaziran terus berlaku. Bagi yang berada pandanglah ke bawah, banyaklah yang miskin dan lapar serta perlukan makanan.

Justeru, Nabi SAW bersabda: “Hidangan makanan untuk dua orang seharusnya cukup untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang cukup untuk empat orang.” (HR Al Bukhari)

Begitulah Islam menggarisk­an panduan untuk mengelakka­n pembaziran berkaitan makanan terutama di bulan puasa. Justeru, menggunaka­n akal untuk membuat anggaran bagi penyediaan makanan adalah sangat penting bagi mengelakka­n pembaziran berlaku.

Oleh itu, untuk mendapatka­n keberkatan kita perlulah bersyukur dengan rezeki yang ada. Ujian Allah berkaitan rezeki juga terlalu banyak antaranya untuk mendapatka­n keberkatan yang sebenarnya.

Berkaitan hal ini, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhn­ya Allah ‘azza wajalla menguji hamba-Nya dalam rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Kalau dia reda dengan bahagian yang diterimany­a, maka Allah akan memberkahi­nya dan meluaskan pemberian-Nya. Kalau dia tidak reda dengan pemberian-Nya, maka Allah tidak akan memberinya berkah (berkat).” (HR Ahmad)

Justeru, pendidikan di rumah oleh ibu bapa kepada anak-anak berkaitan makanan ini penting bagi mengelakka­n pembaziran dalam keluarga. Galakkan anak-anak makan dan minum sampai habis dan tidak membuang makanan atau minuman. Jelaskan kepada mereka jika membazir itu adalah perbuatan syaitan. Rasa kinsafan inilah yang perlu disemai dalam hati dan jiwa anak-anak terutama di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia