Harian Metro

Abam nak berlakon cerita aksi

- DARI MUKA R23

Isteri dan pembantu peribadi turut sama mengawal pemakanann­ya

“Dulu, berat saya 188.6 kilogram. Oleh kerana ingin membuat perubahan dalam karier, saya mula bersenam dan mengamalka­n pemakanan sihat. Sekarang, berat saya 167 kilogram.

“Apa yang saya lakukan ini bukanlah atas desakan orang lain tetapi atas inisiatif diri sendiri. Saya memasang impian untuk berlakon dalam cerita aksi, oleh itu penting turunkan berat badan,” katanya.

Terkenal dengan ‘tagline’ Gemuk Is Awesome, Abam percaya kata-kata itu mampu memberikan semangat kepada mereka yang berbadan besar. Dia tahu, ramai kurang keyakinan diri apabila bertubuh gempal.

Tegasnya, walaupun dalam misi mengurangk­an berat badan dia akan tetap menggunaka­n ‘tagline’ berkenaan untuk menyebarka­n aura positif agar mereka berbadan besar seperti dirinya akan terus berusaha membuat perubahan ke arah yang lebih baik.

“Orang mungkin akan berasakan ‘tagline’ itu tidak lagi relevan untuk saya gunakan kerana saya sendiri dalam proses menurunkan berat badan. Hakikatnya, ‘tagline’ ini kata-kata semangat untuk mereka yang mempunyai saiz badan sama seperti saya.

“Menerusi ‘tagline’ ini saya ingin sebarkan aura positif agar mereka terus mencari ruang dan peluang serta berfikiran positif dalam usaha menjadikan diri kita lebih baik,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai cabaran menurunkan berat badannya, Abam berkata, dia mengalami kesukaran untuk mengawal nafsu makan.

Bagaimanap­un, dia bersyukur kerana isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali dan pembantu peribadi turut sama mengawal pemakanann­ya.

“Apabila kita berdiet, bukan mudah nak kawal nafsu makan. Ketika itulah ada saja orang yang ajak kita keluar minum dan makan. Kalau kita tidak kuat, memang mudah terpengaru­h.

“Mujurlah ada isteri dan pembantu peribadi yang sentiasa pantau serta kawal pemakanan saya. Mereka banyak membantu saya,” katanya. - Ardini Sophia Sina

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia