Harian Metro

Wujudkan muzium bergerak

- DARI MUKA N29

Apatah lagi, muzium adalah lokasi terbaik bagi pelajar sekolah menengah yang wajib lulus dalam subjek Sejarah untuk lebih mudah memahami penceritaa­n sejarah negara selain mengembang­kan pengetahua­n am.

Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuma­n) Jabatan Muzium Malaysia Mohd Azmi Mohd Yusof berkata, di bawah kelolaan Jabatan Muzium Malaysia sendiri terdapat 20 muzium antaranya Muzium Negara (Kuala Lumpur), Muzium Etnologi Dunia Melayu (Kuala Lumpur) dan Muzium Automobil Nasional (Selangor).

Beliau berkata, muzium di Malaysia mempunyai kepelbagai­an dan pengkhusus­an yang boleh memberi banyak pengalaman kepada orang ramai khususnya golongan muda.

“Ketika ini, kami mahu lebih banyak golongan muda melawat muzium kerana mereka bakal menjadi pelapis pengunjung pada masa depan. Berikutan itu, kami menyediaka­n lebih banyak aktiviti bersifat interaktif kepada orang ramai.

“Selain itu, kami juga sudah menyenarai­kan 153 program untuk disertai orang ramai sepanjang tahun ini antaranya aktiviti bermalam di muzium membabitka­n semua muzium di bawah kelolaan Jabatan Muzium Malaysia. Ada juga beberapa muzium swasta yang berminat untuk turut serta pada 30 dan 31 Ogos ini,” katanya.

Di Malaysia terdapat pelbagai muzium yang boleh dilawati mengikut minat atau kecenderun­gan masingmasi­ng, ada antaranya khusus kepada sektor tertentu seperti automotif, keislaman, kebudayaan dan ketenteraa­n.

Ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk golongan muda termasuk mencuba permainan tradisiona­l, menonton tayangan dokumentar­i, memegang arca yang menyerupai artifak dan menyertai seni tarian.

Mohd Azmi berkata, apabila pengunjung dapat memegang arca diperbuat seakan-akan artifak asli, mereka akan lebih memahami mengenainy­a dan boleh menarik minat untuk terus memahami sejarah sesuatu tinggalan yang dipamerkan di muzium.

“Sesetengah muzium juga mengadakan aktiviti yang mengetenga­hkan kebudayaan pelbagai masyarakat di Malaysia dan menceritak­an sejarah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia