Harian Metro

ASKAR LAMA ‘KAWAL’ GALERI

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Muzium Sultan Alam Shah pamer pelbagai artifak, pengawal berpakaian tentera zaman silam

Terletak di tengah Shah Alam, bangunan dengan seni bina moden berwarna putih dan beratap kebirubiru­an sememangny­a menarik perhatian sesiapa saja yang melewatiny­a.

Tidak lain, itulah bangunan Muzium Sultan Alam Shah, antara muzium di bawah kelolaan Selangor yang menyimpan 6,000 artifak berkaitan sejarah negeri itu sedia dipamerkan kepada pengunjung.

Kali pertama mengunjung­i muzium ini, kelihatan deretan pakaian tradisiona­l masyarakat Melayu dipamerkan dan sedia untuk dipakai pengunjung sekiranya berminat untuk mengenakan busana berkenaan.

Pecahan pelbagai etnik masyarakat yang menjadi sebahagian daripada penceritaa­n sejarah Selangor antara yang menjadi tarikan dalam Galeri Adat Warisan di muzium berkenaan.

Diperkenal­kan pada tahun lalu itu, ia mencakupi galeri sedia ada yang terdapat di muzium berkenaan sekali gus menceritak­an ruang lingkup sejarah pembanguna­n negeri dan perkembang­an agama.

Pegawai Maklumat Muzium, Farhani Shamsudin berkata, muzium seluas 12,541 meter persegi (135,000 kaki persegi) itu mempunyai pelbagai artifak. Daripada 6,000 artifak dimiliki hanya 4,000 dipamerkan dan selebihnya ditukar ganti dari semasa ke semasa untuk pameran tertentu.

Beliau berkata, memandangk­an ia lengkap dengan pelbagai jalan cerita sejarah pembanguna­n Selangor, orang ramai turut berpeluang melihat beraneka senjata yang pernah digunakan tentera ketika berlaku peperangan.

“Bagi menghidupk­an lagi keadaan di galeri berkaitan revolusi peperangan yang pernah berlaku, pengawal keselamata­n berkhidmat di sini juga memakai pakaian ala tentera lama bagi memberi aura kepada pengunjung.

“Tidak sekadar berkenaan peperangan yang pernah berlaku di sini, orang ramai juga dapat melihat keindahan sulaman tekad bunga tanjung terpanjang di Malaysia yang mana ia adalah salah satu seni menarik di negeri ini,” katanya.

Anda yang membawa anak-anak ke muzium ini pula, pelbagai aktiviti boleh disertai termasuk permainan tradisiona­l yang dipamerkan seperti congkak, ting-ting dan sepak bulu ayam.

Ketika berada di sana, kelihatan seorang kanak-kanak yang teruja dengan aktiviti permainan tradisiona­l seperti itu kerana sebelum ini mungkin lebih cenderung dengan bermain video di dalam peranti pintar.

Pegawai bertugas pula sedia memberikan penerangan berkenaan artifak dipamerkan terutama kepada pengunjung yang datang secara berkumpula­n.

Farhani berkata, sekiranya orang ramai ingin mengadakan lawatan berkumpula­n boleh memaklumka­n kepada pihak muzium bagi membolehka­n mereka menyediaka­n pegawai maklumat.

“Sekiranya anda datang secara berkumpula­n, kami juga boleh menyediaka­n pelbagai aktiviti lain yang sesuai,” katanya.

 ??  ?? PELBAGAI artifak menarik dipamerkan di Muzium Sultan
Alam Shah.
PELBAGAI artifak menarik dipamerkan di Muzium Sultan Alam Shah.
 ??  ?? AKTIVITI bermain congkak boleh disertai orang ramai bagi memperkena­lkan permainan tradisiona­l.
AKTIVITI bermain congkak boleh disertai orang ramai bagi memperkena­lkan permainan tradisiona­l.
 ??  ?? PENGUNJUNG leka melihat keunikan tenunan sulaman tekad bunga tanjung terpanjang di Malaysia.
PENGUNJUNG leka melihat keunikan tenunan sulaman tekad bunga tanjung terpanjang di Malaysia.
 ??  ?? MUZIUM Sultan Alam Shah sentiasa menjadi tarikan pelancong.
MUZIUM Sultan Alam Shah sentiasa menjadi tarikan pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia