Harian Metro

IMBAU KENANGAN ZAMAN NABI

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Ketika melangkah masuk ke dalam salah satu galeri, terasa seperti berada di zaman lain. Kedengaran pula bunyi audio berbahasa Arab membawa penulis seakan-akan bukan berada di Malaysia.

Kadangkala, berselisih jalan dengan petugas galeri lengkap berjubah dan berserban menghadiah­kan senyuman, terasa begitu asing sekali berada di dalam ruang bertembok batu tiruan seperti kediaman penduduk kampung di timur tengah.

Itulah antara suasana yang berjaya dicipta Kompleks Seni Islam Antarabang­sa (SIIAC) yang terletak di Selangor untuk membawa pengunjung menyusuri sejarah silam baginda Rasulullah dari sebelum detik kelahirann­ya hingga menjadi pemimpin terhebat dunia dan wafat.

Galeri itu yang dinamakan sebagai Rehlah Nabawiyyah dipecahkan kepada beberapa bahagian yang setiap satunya menceritak­an sejarah tertentu berkaitan perjalanan hidup baginda.

Memasuki setiap satu ruang di dalam galeri itu membuatkan penulis berasa ingin terus mengetahui perjalanan hidup pemimpin agung itu kerana pelbagai elemen teknologi digunakan bagi menghidupk­an suasananya.

Pegawai Khas kepada Pengurus Besar (Pembanguna­n dan Strategi Pemasaran) SIIAC Ida O’Hara Ismail Azman berkata, di dalam SIIAC terdapat tiga galeri utama iaitu Rehlah Nabawiyyah, proses membuat mushaf alQuran yang menggunaka­n salinan tangan dan ketiga galeri jualan.

Beliau berkata, semua barang keperluan di dalam galeri yang menceritak­an kisah hidup Rasulullah dibuat sendiri untuk dijadikan replika. Ia bagi memudahkan orang ramai dapat lebih memahami kisah hidup baginda.

“Menerusi penambahan elemen teknologi di dalam galeri ini melengkapk­an lagi suasana yang lebih menarik kepada orang ramai untuk terus membaca dan memahami sejarah pemimpin terhebat ini.

“Di sini, pengunjung dapat melihat sendiri sejarah atau kisah hidup Rasulullah yang berjuang untuk memastikan Islam terus berkembang. Selain itu, cabaran seperti peperangan yang perlu dilalui baginda turut ditonjolka­n menerusi replika,” katanya.

Apabila tiba di dalam ruangan proses membuat mushaf al-Quran, kelihatan beberapa anak muda sedang berlatih menulis tulisan khat dengan tekun kerana mereka antara individu yang melakukan proses salinan berkenaan.

Seni khat yang ditonjolka­n pula boleh dipuji kerana setiap huruf jawi disambung untuk menjadi sepotong ayat sememangny­a kemas dan terjalin dengan baik antara satu sama lain.

Secara keseluruha­nnya berada di SIIAC memperliha­tkan keindahan seni Islam tersendiri. Apatah lagi, ketika Ramadan ini, mengunjung­i sebuah lokasi yang penuh dengan cerita baginda Rasulullah pasti mempunyai ganjaranny­a.

SIIAC berubah

wajah sempena

Rehlah Nabawiyyah Di sini, pengunjung dapat melihat sendiri sejarah atau kisah hidup Rasulullah yang berjuang untuk memastikan Islam terus berkembang. Selain itu, cabaran seperti peperangan yang perlu dilalui baginda turut ditonjolka­n menerusi replika

 ??  ?? REPLIKA dalam Gua Jabal Tsur.
REPLIKA dalam Gua Jabal Tsur.
 ??  ?? SALAH satu replika ruangan tempat tinggal Rasulullah yang dibina semula.
SALAH satu replika ruangan tempat tinggal Rasulullah yang dibina semula.
 ??  ?? PETUGAS galeri melihat replika pedang yang digunakan dalam peperangan.
PETUGAS galeri melihat replika pedang yang digunakan dalam peperangan.
 ??  ?? MODEL dan replika perang ketika zaman Rasulullah menjadi tarikan kanak-kanak.
MODEL dan replika perang ketika zaman Rasulullah menjadi tarikan kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia