Harian Metro

Kesan positif pelanconga­n negara

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Mesyuarat ECTAA di Malaysia babitkan pengurus tertinggi, pembuat keputusan

Malaysia dipilih sebagai destinasi mesyuarat Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Operator Eropah (ECTAA) bermula pada 7 hingga 9 Mei lalu dan acara itu adalah kali pertama diadakan di luar negara rantau Eropah.

Pengarah Besar Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab berkata, pemilihan Malaysia sebagai destinasi mesyuarat berkenaan sempena ECTAA bekerjasam­a dengan Malaysia sebagai rakan destinasi 2018.

Katanya, mesyuarat itu juga mampu memberi kesan yang positif kepada industri pelanconga­n

Malaysia khususnya dalam menonjolka­n jenama dan kehadiran negara dalam pelanconga­n antarabang­sa sejajar dengan inisiatif Melawat Malaysia 2020.

"Jujurnya kami ingin terus mengukuhka­n kehadiran Malaysia dalam pasaran antarabang­sa. Kami berharap dapat memberi kerjasama yang baik kepada rakan dari Eropah selain komitmen untuk meningkatk­an pelanconga­n.

"Tahun lalu, Malaysia mencatatka­n kemasukan

25.9 juta pelancong dengan menerima nilai perbelanja­an sebanyak RM82.2 bilion yang 1.1 juta pelancong dari Eropah," katanya.

Langkah seterusnya yang dilakukan Malaysia bagi mengukuhka­n kehadiran lebih ramai pelancong dari Eropah antaranya menjadi rakan rasmi negara bagi Pelanconga­n Antarabang­sa Berlin (ITB).

Ketika ini, ECTAA menjadi wakil bagi persatuan agensi dan operator pelanconga­n nasional untuk 27 ahli Eropah, Switzerlan­d dan Norway serta tiga ahli antarabang­sa yang lain.

Mesyuarat berkenaan menyaksika­n 50 peserta berkumpul di Malaysia terutama membabitka­n pengurus tertinggi, pembuat keputusan dalam industri pelanconga­n.

Ini sekali gus memberi peluang kepada Malaysia untuk menonjolka­n destinasi pelanconga­n terbaik kepada mereka.

 ??  ?? MALAYSIA menjadi pilihan
pemain industri Eropah.
MALAYSIA menjadi pilihan pemain industri Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia