Harian Metro

Tourism Malaysia raih anugerah lagi

-

Tourism Malaysia sekali lagi mengharumk­an Malaysia apabila berjaya meraih anugerah dalam kategori Kecemerlan­gan Jenama Negara yang dianjurkan BestBrands Awards 20172018.

Kejayaan Tourism Malaysia meraih anugerah berkenaan selepas melalui proses penilaian yang ketat daripada Yayasan Jenama Asia Pasifik (APBF) yang mengambil kira prestasi jenama, integrasi komunikasi jenama dan budaya dan kedudukan jenama ditonjolka­n.

Lembaga Promosi Pelanconga­n atau Tourism Malaysia adalah agensi di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia yang berfungsi mempromosi­kan negara sebagai destinasi utama di peringkat antarabang­sa.

Sejak ditubuhkan, entiti itu turut mencapai objektifny­a dan kini dianggap sebagai salah satu model dalam Organisasi Pelanconga­n Nasional yang boleh diguna pakai di peringkat serantau dan dunia.

Anugerah tahunan itu disasarkan untuk mengiktira­f jenama di Malaysia dan rantau

Asia Pasifik. Ia juga bagi mengenal pasti dan menyokong jenama tempatan paling menonjol untuk menjadi jenama antarabang­sa.

Pemilihan pemenang dibuat Penaung ABPF yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama dengan Lembaga Gabenor entiti berkenaan, termasuk pemain industri berkaliber seperti Tan Sri Dr Teh Hong Piow, Professor Emeritus Tan Sri Paduka Dr Lim

Kok Wing, Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Datuk Mustapha Kamal.

Sebelum ini, Tourism Malaysia turut berjaya meraih kejayaan dalam Anugerah Pelanconga­n Tamil Nadu di Chennai, India untuk tiga tahun berturut-turut apabila entiti berkenaan diberikan anugerah Pejabat Pelanconga­n Negara Asing Terbaik di India.

 ??  ?? MIRZA MOHAMMAD (dua dari kiri di barisan depan) menerima anugerah BestBrands Awards 2017-2018.
MIRZA MOHAMMAD (dua dari kiri di barisan depan) menerima anugerah BestBrands Awards 2017-2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia