Harian Metro

BUANG RASA MALU DEMI ILMU

- DARI MUKA H47 SERONOK BELAJAR MENGAJI

Alangkah seronoknya jika dapat belajar membaca al-Quran bersama-sama individu terdekat seperti rakan, ahli keluarga atau jiran tetangga bagi merebut pahala akhirat.

Keseronoka­n ini jelas terpamer pada wajah ‘pelajar’ yang tiap hari tanpa jemu menghadiri kelas membaca al-Quran, di satu lorong di Jalan Telok Gadong Kecil, Klang, Selangor.

Meskipun usia kebanyakan­nya sudah melebihi separuh abad, pelajar wanita ini tekun memperbaik­i bacaan masing-masing, langsung tidak berasa segan dengan ‘rakan sekelas’ yang jauh lebih muda dan menunjukka­n prestasi lebih baik.

Tanpa sedar mereka menunjukka­n semangat yang membanggak­an. Tidak kira berapa pun usia dan siapa pun kita, semangat untuk belajar al-Quran perlu ada, selagi hayat dikandung badan.

Ada yang berstatus warga emas, suri rumah, wanita bekerjaya juga remaja berusia belasan tahun, masing-masing berusaha mendalami ilmu agama tanpa rasa malu dengan belajar mengaji dibimbing seorang guru agama yang juga tinggal di situ.

Memilih untuk belajar mengaji bersama jiran terdekat, Misruki Saru, 62, berkata, dia buang perasaan malu demi memastikan dirinya dapat mempelajar­i al-Quran.

“Dulu ada juga rasa malu tetapi apabila fikir balik, sampai bila hendak kekalkan rasa malu itu sedangkan saya sedar mengaji ini antara kewajipan sebagai umat Islam. Atas sebab itu juga saya tekad untuk belajar membaca ayat suci al-Quran walaupun dalam keadaan ‘merangkak-rangkak’ pada mulanya.

“Anak semua sudah dewasa, cucu juga semakin membesar dan saya tidak banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah. Saya gunakan masa terluang yang ada untuk mendalami ilmu agama dan belajar mengaji,” katanya.

Menurut Misruki yang juga anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor, dia amat bersyukur kerana seorang jiran terdekat sanggup mengajarny­a mengaji tanpa mengenakan bayaran. Kesanggupa­n itu menunjukka­n kesediaan guru kesayangan­nya yang jelas mahu lebih ramai wanita khususnya yang sudah berusia untuk boleh membaca al-Quran dengan baik.

“Seronok rasanya kerana saya tidak perlu keluar jauh dan berjalan ke rumah ustazah yang kami panggil Cik Ilah. Sepanjang Ramadan ini, setiap pagi kami bertadarus bersamasam­a dan pada sebelah malam menunaikan solat Tarawih di sebuah bilik kecil di lorong ini yang kami jadikan sebagai surau untuk wanita.

Bagi suri rumah, Kamsiah Dollah, 58, selain belajar membaca ayat suci al-Quran, dia juga dapat menambah ilmu agamanya.

“Selain belajar mengaji, saya dan rakan juga belajar ilmu tajwid, hukum bacaan, pengetahua­n mengenai pelbagai perkara yang membuatkan saya seronok dan teruja menanti tibanya waktu mengaji.

“Waktu kami belajar tidak terhad tetapi memandangk­an Cik Ilah mengajar di sekolah dan agak sibuk pada waktu siang, kami memilih datang ke rumahnya pada sebelah malam iaitu pada Isnin dan Selasa. Syukur dia tidak keberatan menjadikan ruang tamu rumahnya sebagai kelas dan sentiasa menanti kehadiran kami. Setiap malam Jumaat pula kami mengadakan bacaan

Tidak segan dengan

‘rakan sekelas’ jauh lebih muda dan

prestasi lebih baik

Yaasin dan tahlil bersamasam­a,” katanya.

Kamsiah berkata, selain ilmu, mempelajar­i dan mendalami ilmu agama dan membaca ayat suci al-Quran ini memberi satu ketenangan yang sukar digambarka­n pada dirinya.

“Lebih banyak saya dekatkan diri dengan alQuran menjadikan saya lebih tenang dan urusan hidup dipermudah­kan. Pada usia begini, apa lagi yang saya mahukan. Tiga anak sudah dewasa dan ini memberi peluang kepada saya dan suami mendekatka­n diri kepadaNya.

“Syukur, proses kami belajar juga mudah dan saya berharap bacaan saya akan semakin baik dari hari ke hari,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Nur Hana Erica Abdul Muizz Daniels, 15, walaupun berada dalam kelas yang kebanyakan­nya terdiri daripada ‘golongan nenek’, ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk belajar mengaji dan mengikuti kebanyakan program agama yang dijalankan di situ.

“Saya sedikit pun tidak rasa malu atau janggal, sebaliknya seronok kerana dapat belajar mengaji bersama-sama jiran terdekat. Mama sering mengingatk­an supaya rajin belajar tidak kiralah ilmu akademik atau ilmu agama untuk kebaikan diri sendiri pada masa akan datang.

“Saya datang belajar mengaji bersama mama, saya juga sentiasa pegang nasihatnya supaya pandai dan lancar mengaji sejak kecil lagi. Kini, walaupun

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia