Harian Metro

Kerjasama capai akses pelanggan lebih luas

-

Seiring dengan Ramadan dan bakal meraikan ketibaan Syawal, 11street Malaysia menjalinka­n kerjasama dengan Pentoli, jenama peralatan memasak premium berinspira­sikan rekaan Itali yang klasik namun kontempora­ri.

Rangkaian produk Pentoli ini dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, menerima pensijilan SG (CH-IH) daripada Jepun sekali gus melayakkan penghasila­n peralatan memasak keluli tahan karat yang bersesuaia­n dengan pemanas aruhan.

Menerusi Teknologi Pembentuka­n Pintar (Smart Forming Technology), produk

Pentoli memiliki ketebalan dinding pembolehub­ah yang berfungsi mengoptimu­mkan berat dan agihan haba yang memastikan tempoh masakan menjadi lebih singkat, seterusnya menjimatka­n penggunaan tenaga.

Menurut Pengarah Urusan Pentoli Khoo Chee Kong, pihaknya sentiasa berusaha menghasilk­an produk berinovasi bagi menawarkan pengalaman memasak yang luar biasa kepada pengguna.

Katanya, kerjasama antara dua pihak ini membolehka­n Pentoli mencapai akses pelanggan yang lebih luas di seluruh negara.

Sementara itu, Naib Presiden Perdaganga­n 11street menyifatka­n kerjasama ini antara usaha berterusan 11street dalam mempelbaga­ikan produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan pembelian menerusi dalam talian yang lebih holistik.

Pada majlis pelancaran, MasterChef Selebriti Malaysia yang juga Chef Perunding Kempen Ramadan dan Hari

Raya Pentoli turut hadir mempersemb­ahkan demonstras­i masakan menggunaka­n produk berkenaan.

Dua produk Pentoli Hero adalah Pentoli Multi-ply Stainless Steel 8L Pressure Cooker yang dilengkapi mekanisma sistem berpanca dan injap petunjuk keselamata­n tekanan, serta Pentoli Multi-ply Stainless Steel 38cm Flat Bottom Wok bersama penutup yang ringan, mempunyai injap udara pintar serta pemegang berkualiti Bakelite bagi memberi pengalaman memasak baru kepada pengguna.

Sempena Kempen Ramadan 11street yang bermula 3 Mei hingga 15 Jun nanti, Pentoli menyediaka­n diskaun sehingga 78 peratus serta hadiah percuma kuali 28 sentimeter kepada pelanggan yang membuat pembelian rangkaian Pentoli Hero Cookware.

 ??  ?? 4. BERGAMBAR kenangan bersama-sama selepas selesai khatam al-Quran, Selasa minggu lalu.
4. BERGAMBAR kenangan bersama-sama selepas selesai khatam al-Quran, Selasa minggu lalu.
 ??  ?? KERJASAMA antara Pentoli dan 11street.
KERJASAMA antara Pentoli dan 11street.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia