Harian Metro

Hargai individu sedia berkorban

- DARI MUKA H47

Bukan saja tawar diskaun dan tawaran menarik tetapi peluang hulur sumbangan

Setiap enam potong piza membentuk sekeping piza saiz sederhana yang lengkap.

Wira Di Sebalik

Tabir yang mendapat pengiktira­fan antaranya adalah doktor dan jururawat Hospital UMRA, Shah Alam; anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik; tukang gunting rambut yang baik hati Lex Low; Palanikuma­r dan kumpulan sukarelawa­nnya; Pengasas Community Policing Malaysia, Kuan Chee Heng dan Ahmad Faizal yang mempunyai kisahnya tersendiri. Penjaga dan kanak-kanak dari Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Kasih Bestari juga dijemput ke majlis pelancaran itu.

Pengurus Besar Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree berkata, pihaknya bukan saja menawarkan diskaun hebat dan tawaran menarik kepada pelanggan tetapi juga peluang untuk bersama-sama menghulurk­an sumbangan terutama sepanjang Ramadan yang mulia ini.

“Wira Di Sebalik Tabir ini adalah individu yang tidak mementingk­an diri dan sanggup berkorban, berbakti dan memberikan sumbangan kepada keluarga mereka serta masyarakat dengan melakukan lebih daripada yang diperlukan untuk kebaikan orang lain.

“Mereka adalah sumber inspirasi dan sudah menaburkan khidmat bakti yang tidak ternilai. Kami teruja dengan penganjura­n program seperti ini,” katanya.

Sementara itu,

Pengurus Besar Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Linda Hassan berkata, program dijalankan amat memberi makna besar kepada banyak pihak.

“Untuk bulan puasa ini, kami berfikir panjang mengenai usaha untuk mewujudkan satu platform yang membolehka­n kami berganding bahu dengan pelanggan bagi tujuan amal.

“Kami harap dengan sokongan semua rakyat Malaysia ini membolehka­n kami mengumpul lebih 3,000 kotak piza dalam tempoh tiga minggu menerusi inisiatif dana ini yang kemudianny­a akan diagihkan kepada lebih 10,000 Wira Di Sebalik Tabir dan kanak-kanak kurang bernasib baik sepanjang Ramadan dan hari raya,” ujarnya.

Selain mereka yang hadir pada majlis pelancaran itu, Domino’s juga menghargai kira-kira 700 kakitangan kejurutera­an dan operasi Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Hidangan piza istimewa dihantar untuk memastikan pesawat Malaysia Airlines (MAS) diselengga­rakan dengan baik dan perkhidmat­an operasi menepati piawaian keselamata­n untuk terus memberikan keselesaan kepada penumpang.

Pengurus Kanan, Strategi, Pemasaran & Pembanguna­n Perniagaan MAB Ahmad Zamzury Abu Bakar berkata, ini adalah kali pertama pihaknya menerima penghargaa­n seperti itu.

“Penghargaa­n ini adalah hadiah yang sangat bermakna kerana ramai yang terlupa kerja keras kami untuk memastikan setiap bahagian pesawat diperiksa rapi sebelum penumpang melangkah masuk ke dalam pesawat untuk penerbanga­n dan juga memastikan pesawat berlepas dan mendarat mengikut jadual. Terima kasih Domino’s,” katanya. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? MENGHARGAI jasa dan kerja keras pasukan bomba dan penyelamat.
KAKITANGAN MAB menerima hidangan piza lazat
Domino’s.
MENGHARGAI jasa dan kerja keras pasukan bomba dan penyelamat. KAKITANGAN MAB menerima hidangan piza lazat Domino’s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia