Harian Metro

Siti lancar single duet

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Meskipun tanggungja­wab yang dipikul semakin bertambah dengan kehadiran puteri sulungnya, Siti

Aafiyah pada 19 Mac lalu, penyanyi tersohor Datuk

Seri Siti Nurhaliza tetap meluangkan masa dengan kelab peminatnya, Siti Zoners baru-baru ini.

Program yang diadakan bagi mengeratka­n silaturahi­m dan sambutan berbuka puasa diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu menjadi pertemuan manis apabila penyanyi kesayangan ramai ini turut melancarka­n single duet terbarunya bersama Khai Bahar berjudul Cinta Sayang.

Kira-kira 200 peminat dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia hadir memeriahka­n acara itu dan mengambil peluang berbuka puasa bersama Siti. Ia turut dimeriahka­n dengan kehadiran pelajar Pusat Tahfiz Teduhan Kasih Sungai Buloh.

Majlis yang berlangsun­g jam 5.30 petang itu dimulakan dengan sesi tazkirah bersama Pencetus Ummah (PU) Haris yang bercerita mengenai kebaikan amalan bersedekah dan menjaga hubungan baik sesama manusia terutama ibu.

Siti yang tiba dengan baju rona merah jambu dan biru gelap menarik perhatian ramai terutama peminat yang teruja melihat perubahan dirinya yang semakin kurus dan jelita.

Bertemu Siti usai majlis, dia meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sokongan peminat terhadapny­a selama ini.

“Peminat adalah

‘ramuan’ penting dalam resipi kejayaan anak seni. Tanpa mereka, pasti sukar untuk saya menempa nama. Tidak kiralah dalam apa lapangan sekali pun, peminat tunjang yang menyokong kebangkita­n selebriti.

“Terima kasih diucapkan kepada Siti Zoners yang sudah lebih 15 tahun bersama saya dan diharapkan hubungan ini berkekalan.

“Tanpa sokongan dan dorongan peminat, tidak mungkin saya dapat

200 peminat dari

Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia meriahkan program berbuka

puasa

mencapai apa yang ada sekarang. Peminat adalah inspirasi saya,” katanya.

TERHARU DENGAN KESUNGGUHA­N PEMINAT

Sudah banyak kali berkumpul dengan peminat, Siti menyifatka­n kesungguha­n yang ditunjukka­n golongan ini sebagai sesuatu yang sangat mahal.

“Saya mengagumi kesungguha­n peminat yang tidak pernah penat menyokong saya.

“Sebagai contoh untuk majlis ini, ada yang datang dari Singapura, Brunei dan Indonesia semata-mata mahu berbuka puasa dengan saya sert menyaksika­n pelancaran single Cinta Syurga.

“Tak terbalas apa yang mereka lakukan sejak dulu hingga kini. Mereka banyak memberikan kata-kata semangat ketika saya jatuh,” katanya.

Berbicara mengenai

Cinta Syurga, Siti berkata ia diinspiras­ikan pihak pengurusan­nya selepas menonton video dua

 ??  ?? SITI bersama Khai Bahar sempena perlancara­n
single duet mereka.
SITI bersama Khai Bahar sempena perlancara­n single duet mereka.
 ??  ?? KIRA-KIRA 200 peminat Siti Zoners hadir meriahkan acara itu.
KIRA-KIRA 200 peminat Siti Zoners hadir meriahkan acara itu.
 ??  ?? SITI melayan peminatnya yang ingin bergambar.
SITI melayan peminatnya yang ingin bergambar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia