Harian Metro

Tak habis-habis burukkan bekas isteri

-

Baru-baru ini, ada rakan mendedahka­n kisah seorang selebriti lelaki yang sudah berkeluarg­a.

Apa yang mengejutka­n selebriti lelaki itu tidak habis-habis memburukka­n bekas isterinya.

Meskipun sudah berkahwin baru, selebriti itu seakan-akan masih berdendam dengan bekas isterinya.

Kata rakan SS, takkan tiada sedikit kebaikan pernah dibuat bekas isteri sepanjang mereka hidup bersama.

Kalau nak kata bekas isteri selebriti lelaki itu gila harta, rasanya tak mungkin sebab dulu selebriti itu hanya memandu kereta buatan tempatan.

Cuma, bila dia sudah berkahwin baru, kata rakan SS nampak selebriti lelaki itu sudah berkereta mewah.

Jadi, hidup pun dah semakin baik maka rasanya tidak perlu lagi selebriti lelaki itu terus memperleke­hkan bekas isterinya.

Satu saja yang SS nak ingatkan kepada selebriti lelaki itu, jangan sesekali lupa bayar nafkah anak.

Bukan apa, SS dapati kebanyakan lelaki yang sudah bertemu jodoh baru ini culas bayar nafkah anak. Mungkin dikawal isteri baru agaknya?

Bagaimanap­un, tepuk dada tanya selera. Kepada selebriti lelaki itu, tutup sahajalah buku lama dengan bekas isteri.

Tidak ada manusia yang sempurna, jaga sahaja hubungan dengan isteri baru. Usah terus diungkit aib bekas isteri.

Sempena Ramadan ini, semoga kini semua dicucikan hati dan perbuatan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

SS: Manusia mudah lupa apabila ada yang baru maka yang lama dibuang terus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia