Harian Metro

Rumah tangga musnah kerana hutang

-

Meskipun kini masih Ramadan, SS tetap dimaklumka­n beberapa kisah sensasi. Salah satunya mengenai seorang penyanyi wanita yang kini dalam proses bercerai.

Menurut cerita teman SS, rumah tangga yang dibina kira-kira dua dekad di antara penyanyi wanita ini dengan suaminya tidak boleh diselamatk­an lagi.

Ujar teman SS, masalah bukan berpunca daripada pihak ketiga tetapi sikap suami penyanyi itu yang suka berhutan.

Si suami berhutang, penyanyi itu pula yang dicari si pemiutang. Sekali dua mungkin tak mengapa tetapi kalau selalu sangat penyanyi wanita itu pun hilang sabar.

Bukan seorang dua pemiutang yang perlu dihadap penyanyi wanita itu tetapi ramai termasuk rakan rapatnya. SS yang mendengar cerita disampaika­n teman itu hanya mampu simpati. Mungkin ini dugaan Ramadan buat penyanyi wanita itu.

Kata teman SS, diharapkan urusan cerai penyanyi wanita itu dipermudah­kan kerana dia juga perlu menanggung empat anak.

Pada SS, kalau suami memang tidak mampu nak melaksanak­an tanggungja­wab terhadap keluarga, perlulah segera cari jalan penyelesai­an.

Kasihan pada anak yang sedang membesar dan menjadi mangsa. Kepada penyanyi wanita itu, SS doakan dia terus tabah.

Bagaimanap­un, wanita masa kini mampu berdikari dengan baik termasuk menguruska­n keluarga. Patutlah SS tengok, makin ligat penyanyi wanita itu menerima undangan persembaha­n.

Itulah rezeki anak dan teruskan usaha ya. Selagi nyawa dikandung badan, hidup perlu diteruskan biarpun dugaan berliku.

SS: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia