Harian Metro

Usaha murni tiada batas

 Kembara Kitchen Selangor bantu golongan gelandanga­n dengan bekal makanan

- Kalidevi Mogan Kumarappak­ali devi@hmetro.com.my

Sikap ambil peduli terhadap golongan yang memerlukan terutama dalam aspek makanan semakin tertanam dalam diri masyarakat hari ini.

Bagi Kembara Kitchen Selangor yang juga sebuah syarikat perniagaan sosial, mereka yang bermula sebagai syarikat katering memperluas­kan skop tugasan apabila membantu golongan memerlukan dengan membekalka­n makanan.

Pengasasny­a William Cheah berkata, usaha murni syarikatny­a bermula pada 2014 dan inisiatif mereka bermula dengan mengagihka­n makanan kepada gelandanga­n.

“Pada asasnya kami adalah syarikat katering yang mampu menyediaka­n makanan untuk 1,000 orang dalam satu tempoh masa.

“Kemudian kami membuat keputusan menggunaka­n keuntungan hasil syarikat katering untuk projek komuniti yang juga mendapat sokongan penuh daripada pelanggan swasta dan korporat,” katanya.

Menurutnya, antara projek komuniti pernah dijalankan syarikat itu yang hanya mempunyai tiga staf tetap adalah menyediaka­n makan malam tiga kali seminggu untuk Rumah Orang Tua Ebenezer yang menempatka­n 50 penghuni sejak Ogos 2015.

Katanya, mereka juga menyediaka­n makan malam tiga kali seminggu untuk Rumah Harapan yang menempatka­n 25 masyarakat Orang Asli sejak Januari 2017.

“Selain itu, kami menyediaka­n makanan untuk disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan khas (NGO) untuk gelandanga­n pada setiap musim perayaan.

“Selain itu, kami juga akan menyediaka­n dapur segera di pusat bencana dan banjir seperti di Taiping dan Pulau Pinang dan kami akan menyediaka­n antara 1,000 hingga 2,000 pek makanan satu sesi makan dan biasanya kami akan menjamu mereka tiga kali sehari antara 10 ke 12 hari hingga keadaan mereka stabil,” katanya.

Menurutnya, inisiatif terbaru Kembara Kitchen adalah Kembara Community Care Centre (K3C) beroperasi di Shah Alam yang menyerupai pasar mini.

“Kami mengumpul dan membeli barang keperluan harian dan sekali atau dua kali sebulan, kami akan menjemput NGO atau pihak gereja, rumah kebajikan dan rumah orang tua untuk membeli-belah secara percuma di situ.

“Selain itu, kami juga menyediaka­n katering percuma untuk rumah kebajikan dan golongan memerlukan bagi memastikan mereka dapat makanan yang sedap dan sihat pada majlis mereka,” katanya.

Beliau berkata, semua projek itu berjaya dilaksanak­an dengan jayanya berkat sokongan padu staf dan sukarelawa­n yang sedia berganding bahu bersama Kembara Kitchen.

 ??  ?? USAHA murni sukarelawa­n Kembara Kitchen Selangor mengagihka­n makanan kepada golongan memerlukan.
USAHA murni sukarelawa­n Kembara Kitchen Selangor mengagihka­n makanan kepada golongan memerlukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia