Harian Metro

Kekal watak Syafiq Kyle

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

 Pengarah Heykal Hanifah nafi Remy Ishak hero ganti drama Taubatku

Pengarah Heykal Hanifah menafikan dakwaan watak Syafiq Kyle dalam drama Taubatku bakal digantikan Remy Ishak selepas nama pelakon itu dikaitkan dengan isu video seks yang didakwa miripnya tular di laman sosial.

Menurut Heykal, setakat ini nama Syafiq masih disenaraik­an untuk watak hero iaitu Ismail dalam drama Taubatku yang akan bersiaran pada Aidilfitri nanti di TV3.

“Saya ada dengar cerita Remy akan menggantik­an tempat Syafiq dalam drama Taubatku tetapi semua dakwaan itu tidak betul.

“Sebenarnya, pada hari yang sepatutnya Syafiq mulakan penggambar­an, heroin drama itu, Farah Nabilah mengalami alahan dan bengkak di wajahnya.

“Justeru, penggambar­an drama ini tidak dapat diteruskan mengikut jadual kerana saya terpaksa mencari pelakon lain untuk menggantik­an watak Farah,” katanya kepada Harian Metro.

Heykal berkata, dia mendapat lampu hijau daripada stesen TV untuk meneruskan penggambar­an drama Taubatku.

“Pada mulanya saya berasa agak risau apabila nama Syafiq dikaitkan dengan isu video seks terbabit kerana bimbang ia menjejaska­n rating.

“Namun, isu video itu tiada kesahihann­ya dan pihak stesen juga tidak mengeluark­an sebarang arahan kepada penerbit dan pengarah berhubung perkara itu.

“Bagi saya, ia isu peribadi dan tidak membabitka­n hal kerja pun.

“Syafiq juga mendapat sokongan padu daripada peminatnya ketika berdepan isu itu,” katanya.

Ditanya pengalaman bekerja dengan Syafiq, kata Heykal, dia pelakon yang bagus dan merendah diri.

“Saya antara pengarah yang rapat dengannya dan kami banyak kali bekerjasam­a.

“Saya percaya dia mampu menjiwai watak Ismail

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia