Harian Metro

Gagal boikot pasar raya Rosyam

-

Kuala Lumpur: Kempen dilakukan netizen untuk memboikot pasar raya baru dibuka aktor Rosyam Nor ternyata gagal apabila ia menjadi viral dan dipenuhi pengunjung sebaik saja dibuka Jumaat lalu.

Pelakon yang memegang watak Misbun Sidek dalam filem

itu bagaimanap­un mempersoal­kan tindakan pihak yang cuba memboikot perniagaan­nya.

“Saya tidak tahu kenapa ada orang masih suka berdengki walaupun di bulan Ramadan. Maaf cakap, saya bukan mahu mengajar tetapi orang yang mewujudkan isu boikot ini adalah mereka yang tidak percaya pada qada dan qadar Allah.

“Siapa mereka hendak menghalang rezeki yang Allah mahu berikan? Netizen tidak bertanggun­gjawab ini turut membangkit­kan isu yang saya pernah menghentam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara seperti didakwa,” katanya.

Menurut Rosyam, dia juga tidak pernah memberikan sebarang komen dalam laman sosial dan apa yang menghairan­kan dirinya, masyarakat terutama mereka berbangsa Melayu mudah percaya dengan pembohonga­n dilakukan di Internet.

“Saya bersyukur apabila orang tohmah dan fitnah, rezeki dan pahala makin bertambah. Cuma saya sedih orang yang tohmah dan fitnah itu saudara saya sesama Islam. Nasihat saya jangan buat wakaf dosa dan ajak orang melakukan perkara sama,” katanya.

Rosyam turut menggesa agar masyarakat Melayu bersikap bijak dan jangan terlalu mengikut hati hanya kerana fahaman politik.

“Sebagai artis sebenarnya kita ikut dan akur siapa yang memerintah. Jangan disebabkan pegangan politik kita sesama Islam berpecah-belah,” katanya.

Mengulas mengenai ST Rosyam Mart yang memulakan operasi Jumaat lalu, katanya, walaupun ia hanya pelancaran tidak rasmi dan operasi untuk menguji sistem barang keluar masuk, sambutan sangat menggalakk­an.

 ?? Rosyam Nor ?? Saya bersyukur apabila orang tohmah dan fitnah, rezeki dan pahala makin bertambah”
Rosyam Nor Saya bersyukur apabila orang tohmah dan fitnah, rezeki dan pahala makin bertambah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia