Harian Metro

Jeritan jam 4 pagi

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

 Saksi dakwa melihat Zulfarhan Osman terbaring di lantai

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bahawa beliau terdengar jeritan seseorang dari bilik penginapan­nya pada awal pagi, 22 Mei tahun lalu.

Penuntut tahun tiga jurusan Kejurutera­an Awam, Muhammad Izzul Akhtar Rosli, 22, berkata, dia yang ketika itu berada di depan bilik 04-10 mendengar suara jeritan sekitar jam 4 pagi menyebabka­nnya ketakutan.

Dia membuka pintu bilik dan melihat Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain terbaring di lantai.

“Pada hari itu, saya balik dari masjid, nak mandi nampak Zulfarhan terbaring di lantai. Saya masuk sekejap je, ambil baju untuk digosok di bilik sebelah.

“Selepas itu saya ke masjid dan pergi ke perbarisan pagi,” katanya ketika menjawab soalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada perbicaraa­n kes bunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana keadaan Zulfarhan Osman pada waktu itu, Muhammad Izzul Akhtar berkata, dia tidak pasti kerana hanya memandang sekilas saja.

Dalam kes itu, enam penuntut iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di Bilik 04-10, Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM, di antara jam 4.45 pagi dan jam 5.45 pagi, 22 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 22 tahun itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 penuntut lain turut didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba.

Dakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, dalam prosiding sama, bekas Penolong Ketua Batalion Tuah UPNM, Kapten Haryani Hassan, 34, berkata, beliau meminta bantuan seorang pegawai waran untuk memeriksa bilik 04-10 susulan penemuan sekeping nota yang mengatakan terdapat seorang penuntut di bilik berkenaan yang memerlukan rawatan.

Nota itu berlipat dan di dalamnya tertera ayat: ‘Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanu­siaan, saya minta sangat-sangat pergi

bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ - Hamba Allah.

Menurut saksi pendakwaan ke-15 itu, beliau meminta Pegawai Waran UPNM Arick membuat pemeriksaa­n di bilik itu sekitar jam 8.50 pagi dan 9 pagi namun dimaklumka­n tiada orang di bilik berkenaan kerana semua penghuni menghadiri kelas.

 ??  ?? ANTARA individu yang hadir bersama rakan dan keluarga pada perbicaraa­n kes 19 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, subahat membunuh dan mencederak­an Zulfarhan Osman Zulkarnain.
ANTARA individu yang hadir bersama rakan dan keluarga pada perbicaraa­n kes 19 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, subahat membunuh dan mencederak­an Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia