Harian Metro

Bayar RM4.2 juta langgar hak cipta

-

Syarikat pengeluar, pengedar dan peruncit beras, Faiz Rice Sdn

Bhd yang didapati bertanggun­gjawab melanggar hak cipta enam jenama beras milik syarikat Faiza Sdn Bhd diperintah­kan membayar ganti rugi berjumlah lebih RM4.2 juta.

Penghakima­n bagi taksiran ganti rugi itu dikeluarka­n Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wong Kian Kheng dalam kes saman berhubung dakwaan pelanggara­n hak cipta dan cap dagangan serta campur tangan tidak sah dalam perniagaan antara Faiza Bawumi Sayed Ahmad dan anak lelakinya, Fikri Abu Bakar.

Faiza Bawumi adalah Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd manakala Fikri adalah Pengarah Urusan syarikat Faiz Rice.

Pada 24 Oktober 2017, Hakim Kian Kheong mendapati Faiz Rice dan Faiz bertanggun­gjawab terhadap pelanggara­n hak cipta dan cap dagangan, bertanggun­gjawab melakukan tort kelirupaan nama

dan campur tangan secara tidak sah dalam perniagaan plaintif.

Dalam prosiding hari ini, beliau memerintah­kan

>>Saksi masuk ke bilik dan ambil baju untuk digosok di bilik sebelah

off)

(passing

Faiz Rice dan Fikri selaku defendan membayar RM3.9 juta bagi ganti rugi jumlah pampasan, ganti rugi bagi kehilangan nama baik RM100,000, ganti rugi statutori bagi hak cipta RM60,00 dan ganti rugi teruk dan teladan RM100,000.

Dalam penghakima­nnya, Kian Kheong berkata, ada pelanggara­n hak cipta komersial dilakukan secara terang-terangan oleh Faiz Rice dan Fikri yang jelas menunjukka­n nama baik syarikat Faiza terjejas disebabkan pelanggara­n itu.

Hakim itu berkata, keterangan saksi turut menunjukka­n, sejak kemasukan Faiz

Rice dalam pasaran, syarikat Faiza mengalami kerugian ketara dalam masa yang singkat.

“Oleh itu, mahkamah menetapkan ganti rugi pampasan RM3.9 juta,” katanya.

Subjek di dalam kes saman itu berhubung enam hak cipta jenama beras milik Faiza iaitu TAJ MAHAL, MOGHUL FAIZA BASMATHI, FAIZA (didaftarka­n atas nama plaintif Faiza TM), FAIZA RICE FOR LIFE, FAIZA EMAS dan logo FAIZA (didaftarka­n atas nama plaintif Faiza Logo TM).

(goodwill)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia