Harian Metro

Shahrir pelik disaman SPSB

-

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pelik dengan tindakan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap dirinya, semalam.

Shahrir berkata, setakat ini, beliau belum menerima writ saman yang dimeterai mahkamah berhubung perkara itu.

“Saya pelik kenapa nak saman saya pula. Tak pernah dalam sejarah bekas pengerusi agensi kerajaan disaman syarikat swasta.

“Walaupun saya sudah menerima notis tuntutan daripada mereka (SPSB) pada 24 Mei lalu, saya belum menerima writ saman yang dimeterai mahkamah. Oleh sebab itu, saya tidak boleh beri sebarang kenyataan kenapa mereka saman saya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan SPSB memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadapny­a melalui Tetuan Reza Rahim & Rajivan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil.

Syarikat berkenaan mendakwa Shahrir yang ketika itu pengerusi FELDA mengeluark­an beberapa kenyataan fitnah antara Disember 2017 hingga Mac 2018 yang disiarkan dalam beberapa media massa, laman sosial Facebook dan YouTube serta portal berita.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, setiap kenyataan atau keputusan dibuatnya mengenai isu tanah FELDA ketika itu berlandask­an persetujua­n ahli Lembaga Pengarah FELDA, Unit Kawal Selia FELDA di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

 ??  ?? MARINA (kiri) bersama peguam syarikat, Mohamed Reza Rahim (tengah) menunjukka­n dokumen selepas menfailkan saman kepada Shahrir di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
MARINA (kiri) bersama peguam syarikat, Mohamed Reza Rahim (tengah) menunjukka­n dokumen selepas menfailkan saman kepada Shahrir di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia