Harian Metro

PROJEK BUFET AMAL

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Program bantu golongan kurang bernasib baik Summit Hotel

Sempena Ramadan ini, Summit Hotel Subang USJ & Summit Hotel Kuala Lumpur bekerjasam­a dengan Yayasan Bina Insan Malaysia menganjurk­an program berbuka puasa sambil beramal di kedua-dua hotel.

Selebriti dan artis tempatan yang dijemput akan bertindak sebagai sukarelawa­n dan penghibur kepada pengunjung berbuka di hotel bagi mengutip dana membantu golongan kurang bernasib baik.

Jumlah sumbangan dikumpul akan disumbangk­an kepada Dana Yayasan Bina Insan Malaysia (Projek Ramadan YBIM).

Program berkenaan diadakan serentak bermula 21 Mei hingga 12 Jun ini di Oceania Coffee House, Summit Hotel Subang USJ dan di The Benteng Restaurant, Summit Hotel Kuala Lumpur.

Sementara itu, bufet Ramadan di Summit Hotel Subang USJ bermula dari 21 Mei hingga 12 Jun ini dengan tema Sinar Ramadan.

Menyediaka­n lebih 200 jenis hidangan kepada tetamu, antara masakan yang boleh dicuba ialah rendang rusa, kentang putar dengan keju mozarela, aneka makanan laut, sushi, kari tradisiona­l, sup, pulut dengan mangga, serawa durian, pelbagai jenis salad dan sambal serta pemanis mulut.

Summit Hotel Kuala Lumpur pula mengetenga­hkan tema Makan Malam D’Benteng dengan menyediaka­n masakan lazat seperti kambing panggang, nasi beriani Yaman, asam pedas Melaka, udang masak lemak madu, siput sedut pucuk kaduk, murtabak Ali Mamak, ikan bakar Kota Istana, dim sum dan banyak lagi.

Selain bufet Ramadan, kedua-dua hotel ini juga mempromosi­kan kadar bilik khas sempena musim perayaan ini.

Bilik di Summit Hotel

Subang USJ boleh ditempah serendah RM188 manakala di Summit Hotel Kuala Lumpur pula bermula dari RM128. Semua kadar disertakan dengan sahur atau sarapan percuma untuk dua orang.

Untuk tempahan, sila hubungi Summit Hotel Subang USJ di talian 03-80233000

Summit Hotel Kuala Lumpur di 03-26148000.

 ??  ?? ANEKA pemanis mulut yang memikat pelanggan sepanjang Ramadan.
ANEKA pemanis mulut yang memikat pelanggan sepanjang Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia