Harian Metro

TARIKAN MENU KAMPUNG

- Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

Pakej bufet Ramadan bermula RM158 tak lengkap tanpa lebih 50 juadah setiap hari

Dikenali sebagai lokasi makanan kontempora­ri di tengah bandaraya Kuala Lumpur, mempelawa peminat durian menikmati keenakan raja buah sepanjang Ramadan.

Peminat durian boleh menikmati rasa unik setiap ulas durian dikopek sendiri oleh chef

Westin Kuala Lumpur dengan promosi bufet serendah RM18 sepanjang Ramadan berbanding harga biasa iaitu RM48.

Selepas menikmati durian sebagai pembuka selera, pengunjung boleh menjamu hidangan berbuka yang menyelerak­an di sini.

Sentuhan Eksekutif Chef Rudy Junaidie yang mengetuai kumpulan kulinari sebagai Pengarah Dapur di The Westin

Kuala Lumpur menawarkan lebih 50 juadah setiap hari kepada pelanggan yang gemarkan menu kampung.

Antaranya asam pedas claypot, ayam bakar sambal kelapa, gulai keting kambing keluak, beriani Westin dan pelbagai jenis kuih tradisiona­l Melayu.

Dapatkan pakej bufet Ramadan berharga RM158 bermula 19 Mei sehingga 12 Jun ini menerusi talian Westin Dining di 03-2773.8338 atau layari laman web thewestink­ualalumpur.com untuk maklumat lanjut.

Diskaun turut diberikan kepada ahli sebanyak 20 peratus bagi promosi restoran di atas untuk makanan saja.

Kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun akan menerima potongan 50 peratus dan percuma bagi berusia empat tahun ke bawah.

 ??  ?? PELBAGAI aneka juadah ala kampung menanti pelanggan.
PELBAGAI aneka juadah ala kampung menanti pelanggan.
 ??  ?? ULAS kuning keemasan pastinya menambah cita rasa sesiapa.
ULAS kuning keemasan pastinya menambah cita rasa sesiapa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia