Harian Metro

Amukan kon jalan

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Dua lelaki pecah cermin kereta selepas kenderaan dihadang

Hanya kerana tidak berpuas hati kenderaan mereka dihalang, dua lelaki memecahkan cermin belakang sebuah kereta diletakkan di kawasan perumahan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, kereta Toyota berkenaan diletakkan bersebelah­an van dipercayai milik dua lelaki terbabit sebelum mereka bertindak memecahkan cermin kenderaan itu menggunaka­n kon penghadang jalan.

Mangsa hanya dikenali sebagai Tom, 30-an, berkata dia meletakkan kenderaan itu di kawasan berkenaan jam 5 pagi selepas pulang dari kerja sebelum mendapati cermin kereta pecah ketika mahu ke tempat kerja jam 10 pagi.

“Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan, dua lelaki dilihat menghampir­i kereta itu sebelum mengangkat kon penghadang jalan dan memecahkan cermin belakang.

“Walaupun gelagat mereka dilihat individu lain di kawasan berkenaan, kedua-dua lelaki terbabit yang berlagak samseng terus beredar dari lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Tom berkata, sebelum ini dia pernah meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan beberapa kali, namun tiada insiden seperti itu berlaku.

“Saya mengaku kesalahan meletakkan kereta bersebelah­an van itu menyebabka­n kenderaan mereka terhalang. Namun, tindakan memecahkan cermin kereta juga adalah satu kesalahan.

“Malah, saya difahamkan oleh penduduk yang kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah cermin kenderaan di kawasan itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, di sini, berhubung kejadian.

 ??  ?? CERMIN belakang mangsa yang dipecahkan dua lelaki di kawasan perumahan di Taman Bukit Serdang.
CERMIN belakang mangsa yang dipecahkan dua lelaki di kawasan perumahan di Taman Bukit Serdang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia