Harian Metro

100 keluarga mangsa ribut Tropika Sagar terima bantuan MRA

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 100 keluarga ribut Tropika Sagar, di Kem Pelarian Maifa’ Mukalla, Yaman menerima bantuan awal berupa kit kebersihan dan bantuan makanan asas daripada Malaysian Relief Agency (MRA).

Presiden, Dr Mohd Daud Sulaiman dalam satu kenyataan kepada media, Status Pelarian Dalam Negeri menjadikan kumpulan penerima bantuan itu diberikan bantuan awal kerana kem sementara yang didirikan oleh mereka musnah akibat bencana.

“MRA antara badan bukan kerajaan (NGO) luar terawal menghulurk­an bantuan kecemasan kepada mereka. Kini kami berserta rakan pelaksana NGO tempatan, The Charitable Society For Social Welfare (CSSW) sedang berusaha mengenalpa­sti mereka yang menghadapi masalah sama.

“Sehingga hari ini, ribuan pelarian sudah berpindah dari kawasan bencana ke kawasan penempatan sementara dan ada yang masih tinggal di kem pelarian yang sudah musnah,” katanya.

Kira-kira 22 juta atau 2/3 daripada populasi rakyat Yaman berdepan masalah kemanusiaa­n yang teruk dan memerlukan bantuan khususnya perubatan, makanan asas serta air bersih.

Sejak 2015, MRA menyalurka­n bantuan di Yaman dan antara yang diberi tumpuan dan sudah dilaksanak­an adalah projek pam air berkuasa solar, khidmat perubatan am dan pakar, bantuan makanan asas dan air bersih serta pendidikan.

Sehubungan itu, MRA turut melancarka­n Tabung Infaq Ramadan MRA dan menyeru rakyat Malaysia yang prihatin memberi sumbangan ke akaun CIMB Bank 8600059478 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation atau hubungi talian 03-91744672.

 ??  ?? DR Mohd Daud menyerahka­n sumbangan kepada penghuni kem.
DR Mohd Daud menyerahka­n sumbangan kepada penghuni kem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia