Harian Metro

Cedera gaduh curi bunga api

-

Subang Jaya: Curi bunga api dipercayai menjadi punca tiga warga Afrika termasuk seorang wanita cedera selepas berlaku pergaduhan di sebuah pasar raya di Puchong Prima, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.43 pagi itu, pergaduhan dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa dan beberapa rakan mereka mengambil bunga api itu tanpa membuat bayaran mencetuska­n rasa tidak puas hati seorang lelaki tempatan dipercayai penjual bunga api itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata, dipercayai berlaku pertengkar­an antara kumpulan warga Afrika terbabit dengan lelaki tempatan hingga mencetuska­n pergaduhan.

“Akibat pergaduhan itu, dua lelaki warga Afrika mengalami kecederaan parah manakala seorang rakan perempuan mereka turut cedera.

“Susulan siasatan dijalankan, kami menahan tiga lelaki warga Afrika dan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan,” katanya semalam.

Azlin berkata, kedua-dua mangsa yang cedera kini dirawat di Zon Kuning sebuah hospital di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil, manakala rakan perempuan mereka dirawat sebagai pesakit luar.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung punca sebenar pergaduhan dan senjata digunakan dalam pergaduhan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya lagi.

 ??  ?? KEADAAN meja dan tempat duduk sebuah restoran di Puchong Prima yang bersepah.
KEADAAN meja dan tempat duduk sebuah restoran di Puchong Prima yang bersepah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia