Harian Metro

Batal 10 projek RM1b

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat keputusan untuk membatalka­n 10 projek bernilai RM1 bilion bertujuan mengurangk­an kos perbelanja­an agensi itu pada tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, bagaimanap­un mengesahka­n ia tidak membabitka­n projek Yayasan Wilayah Persekutua­n atau Greater KL-Lembah Klang.

“Projek yang dibatalkan itu adalah yang belum ditawarkan dan masih dalam proses tender. Keputusan dibuat selepas kita menilai daripada pelbagai sudut.

“Keputusan ini dibuat bukan atas nasihat Majlis Penasihat Kerajaan, tetapi oleh pengurusan tertinggi DBKL.

“Kita batalkan untuk mengurangk­an perbelanja­an kita tahun ini. Kita rasa sudah cukup dengan projek yang ada tahun ini. Antara projek itu adalah tempat meletak kereta, projek jalan dan kelab sukan kerana membabitka­n isu tanah.

“Projek Greater KL dan Yayasan Wilayah Persekutua­n tidak termasuk dalam pembatalan itu. Dalam projek Greater KL, ia projek Persekutua­n dan DBKL hanya berperanan sebagai pengawas projek berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Mhd Amin hanya memberitah­u media yang DBKL membuat keputusan membatalka­n 10 projek bernilai RM1 bilion selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, tetapi tidak menjelaska­n butiran projek berkenaan.

Projek Greater KL-Lembah Klang adalah inisiatif projek mega pada masa pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN) manakala Yayasan Kuala Lumpur terbabit dalam projek pembinaan rumah mampu milik.

Sementara itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan enggan mengulas keputusan dibuat DBKL sama ada mempunyai kaitan dengan pertemuan itu atau sebaliknya.

 ??  ?? MHD Amin
MHD Amin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia