Harian Metro

Kerajaan ada keupayaan bayar hutang negara

-

Kerajaan mempunyai keupayaan membayar hutangnya selagi ekonomi berkembang pada kadar yang sihat lebih lima peratus, kata Ketua Ahli Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd, Manokaran Mottain.

Beliau berkata, ketika ini, caj pembayaran hutang berada pada paras 10 hingga 15 peratus daripada jumlah pendapatan Kerajaan Persekutua­n.

Caj pembayaran hutang, jelasnya, masih berada pada paras sihat sekitar tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih rendah berbanding negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

Pembanguna­n (OECD) dengan purata sekitar empat hingga peratus daripada KDNK.

“Mujurlah, 97 peratus jumlah hutang kerajaan dalam denominasi ringgit, sementara hutang denominasi dolar Amerika Syarikat (AS) dan yen masing-masing berada pada paras dua peratus dan satu peratus.

“Ini bermakna hutang kerajaan dilindungi risiko turun naik tidak menentu mata wang utama,” katanya dalam nota penyelidik­an.

Manokaran berkata, meskipun pemilikan asing hutang kerajaan sekitar 30 peratus dilihat tinggi, terdapat kecairan domestik yang mencukupi untuk menyerap sebarang aliran keluar dana memandangk­an sektor pengurusan aset dan insurans dibangunka­n dengan baik.

Beliau berkata, meskipun hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1 trilion membimbang­kan, pihaknya menganggap ia belum lagi menjadi kebimbanga­n utama bagi syarikat penarafan, meskipun kebimbanga­n ia akan menyebabka­n penurunan penarafan hutang negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia