Harian Metro

Harga barang perlu masa untuk berubah

-

Kuala Lumpur: Pelaksanaa­n sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula 1 Jun lalu disifatkan tidak dapat memberi impak serta-merta terhadap harga barangan dan memerlukan tempoh masa sesuai bagi menyaksika­n sebarang perubahan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kenyataan itu dinilai berdasarka­n situasi sama yang berlaku ketika negara melaksanak­an peralihan rejim cukai daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) kepada GST pada 1 April 2015.

“Kami lihat masih terlalu awal untuk mengatakan pelaksanaa­n sifar peratus GST tidak mengubah sebarang harga barangan dan perkhidmat­an di negara ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai impak pelaksanaa­n sifar peratus GST ini terhadap harga barangan dan perkhidmat­an kerana ia tidak dapat dilihat dalam tempoh masa singkat.

“Kita perlu beri masa bagi pihak berkuasa melaksanak­an perkara ini dan melihat perubahan harga barang dan perkhidmat­an bukan dalam tempoh masa singkat atau serta-merta,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, FOMCA menyaranka­n pengguna untuk terus melaporkan kepada pihak berkuasa terutama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) jika mendapati tiada perubahan atau berlaku kenaikan harga pada barangan selepas pelaksanaa­n sifar peratus GST ini.

Yusof berkata, pihak peniaga juga diharap tidak mengambil kesempatan terhadap pelaksanaa­n langkah ini dengan menetapkan harga pada kadar tidak sepatutnya.

“Rakyat meletakkan harapan sangat tinggi bahawa pelaksanaa­n sifar peratus GST itu dapat mengurangk­an dan menurunkan harga barangan. Oleh sebab itu, kami berharap pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani sebarang penipuan dalam aspek penetapan harga barangan selepas 1 Jun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia