Harian Metro

Inisiatif Airport 4.0

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

 MAHB peruntuk RM30 juta tambah baik operasi digital lapangan terbang termasuk perkenal aplikasi MYairports

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntu­kkan RM30 juta untuk melaksanak­an inisiatif digital Airports 4.0 dengan menjadikan interaksi digital bersama penumpang sebagai keutamaan.

Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata, peruntukan itu membabitka­n penyepadua­n Analisis Data Raya (BDA) bertujuan meningkatk­an tahap perkhidmat­an sebagai satu daripada inisiatif di bawah teras Pengalaman Lapangan Terbang Menyeluruh (TAE).

Katanya, MAHB kini melaksanak­an pembaharua­n digital merangkumi penggunaan peranti BDA dan Internet Kebendaan (IoT) bagi menambah baik operasi lapangan terbang.

“Antara kemajuan terbaru kami dalam pembaharua­n digital adalah pelancaran aplikasi mudah alih MYairports yang dibangunka­n bagi membolehka­n pengguna merancang perjalanan mereka lebih awal.

“Aplikasi mudah alih ini memudahkan penumpang merancang perjalanan di samping mendapat kemas kini langsung mengenai maklumat penerbanga­n mereka.

“Penumpang boleh mengetahui jangkaan masa untuk memasuki pesawat, maklumat beli-belah, promosi makanan dan minuman serta maklumat lapangan terbang yang penting,” katanya selepas pelancaran aplikasi berkenaan di sini, semalam.

MAHB menyasarka­n lebih 10,000 muat turun aplikasi MYairports yang menyediaka­n perjalanan lancar ke lapangan terbang menjelang akhir tahun ini.

Aplikasi MYairports boleh dimuat turun menerusi platform Google Playstore dan App Store.

Buat masa ini, aplikasi berkenaan hanya digunakan pengguna Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengulas lanjut, Badlisham berkata, aplikasi itu dijangka boleh digunakan penumpang terminal klia2 bulan depan dan beberapa lagi lapangan terbang antarabang­sa di negara ini dalam tempoh beberapa bulan lagi.

“Sebagai penjaga kepada 39 lapangan terbang di negara ini, kami sentiasa memikirkan cara untuk menambah baik pengalaman perjalanan penumpang.

“Menjelang akhir 2019, lebih banyak sistem akan diperkenal­kan termasuk sistem pengurusan aturan automasi,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN MAHB, Nur Athirah Hishamuddi­n menunjukka­n aplikasi MYairports ketika majlis pelancaran­nya di KLIA, semalam.
KAKITANGAN MAHB, Nur Athirah Hishamuddi­n menunjukka­n aplikasi MYairports ketika majlis pelancaran­nya di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia