Harian Metro

Permintaan hartanah dijangka meningkat

-

Johor Bahru: Permintaan hartanah di negara ini dijangka kembali meningkat berbanding tiga tahun kebelakang­an ini yang mengalami aliran penurunan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad Datuk Khor Chap Jen berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), perubahan yang berlaku diharap dapat meningkatk­an kembali sentimen pembeli hartanah terutama golongan muda dan pembeli rumah kali pertama.

“Sejak tiga tahun lalu pasaran hartanah sedikit mencabar dan perlahan, tetapi kita harap ia berubah selepas PRU14 dan mampu meningkatk­an kembali sentimen pembeli.

“Permintaan terhadap rumah ini akan sentiasa ada, tetapi ia lebih kepada peningkata­n stabil yang perlahan,” katanya sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2018 di Pusat Konvensyen Setia Tropika di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi SP Setia dan Yayasan SP Setia, Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin.

Khor berkata, permintaan rumah bertanah pada purata harga RM500,000 masih ada, walaupun berdepan syarat pinjaman bank ketat sejak tiga tahun kebelakang­an ini.

“Kita berharap perkara ini akan berubah kerana ada banyak permohonan dan rayuan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) daripada pembeli rumah kali pertama yang mahu pihak berkenaan melihat semula syarat dikenakan,” katanya.

Menyentuh pasaran hartanah di Johor, Khor berkata, permintaan di negeri ini masih baik memandangk­an kebanyakan pembeli memilih rumah bertanah berbanding hartanah strata.

“Permintaan hartanah bertanah di Johor bagus kerana kita melihat penduduk di negeri ini lebih meminati rumah bertanah. Mungkin kalau kita lihat kawasan urban seperti di Kuala Lumpur, mereka lebih memilih hartanah strata,” katanya.

Dalam perkembang­an terbaru, Khor berkata, SP Setia memperkena­lkan projek pembinaan perumahan di Bertam, Pulau Pinang yang dinamakan Setia Fontaines hujung tahun ini.

 ??  ?? KHOR
KHOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia