Harian Metro

Tembak mati suami demi kucing

-

Dallas: Seorang wanita mengaku menembak suaminya hingga mati gara-gara berang dengan tindakan lelaki itu memukul kucing kesayangan­nya dalam kejadian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat kelmarin.

Mary Harrison, 47, membuat pengakuan itu kepada polis sebelum ditahan atas tuduhan membunuh suaminya, Dexter, 49.

Wanita itu memberitah­u, pada pagi hari kejadian dia bertengkar dengan suaminya di rumah mereka sebelum Dexter memukul haiwan terbabit.

Berang melihat kucingnya dipukul, dia mengambil pistol dan terus menembak suaminya.

Mary kemudian menghantar suaminya ke Hospital Presbyster­ian tetapi lelaki malang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Polis memberitah­u, Mary yang berdepan tuduhan membunuh ditahan di Pusat Tahanan Lew Sterett dengan ikat jamin US$100,000 (RM396,979).

Sementara itu, beberapa jiran memberitah­u media tempatan, pasangan itu baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan berkenaan kira-kira sebulan lalu.

Menurut mereka, wanita terbabit sempat mengedarka­n risalah di sekitar kawasan untuk mencari kucingnya yang hilang, namun haiwan itu pulang semula ke rumah.

“Seorang lelaki ditembak kerana kucing? Itu amat gila. Ia sukar dipercayai.

“Lelaki itu hilang nyawa kerana kucing. Manusia menyayangi haiwan peliharaan mereka, namun tidaklah begitu serius hingga perlu mati,” kata seorang jiran, Carl Philips. - Daily Mail

 ??  ?? MARY Harrison
MARY Harrison

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia