Harian Metro

Sengaja ditembak

- Agensi

 Tentera Israel tetap tembak walaupun Razan dan sukarelawa­n lain angkat tangan hampiri pagar

“Dia berdiri dan tersenyum kepada saya, memberitah­u mahu ke lokasi tunjuk perasaan,” kata Sabreen al-Najjar, 43, menceritak­an kali terakhir melihat anaknya, Razan al-Najjar, 21, yang mati ditembak tentera Israel, Jumaat lalu.

Ia adalah Jumaat ke-10 tunjuk perasaan penduduk Palestin sejak 30 Mac lalu dan Razan menyertai semua perhimpuna­n ‘Perarakan Pulang’ itu sebagai sukarelawa­n perubatan.

“Dalam sekelip mata dia sudah keluar. Saya berlari ke beranda untuk melihatnya, namun Razan sudah sampai ke hujung jalan.

“Dia bagaikan terbang seperti burung di depan saya,” kata Sabreen, Sabtu lalu, dikeliling­i saudara-mara yang masih bersedih.

Al Jazeera melaporkan, di lokasi tunjuk perasaan di Khuza, dekat Khan Younis, saksi melihat Razan dan rakan-rakan sukarelawa­n yang memakai jaket putih perubatan menghampir­i pagar sempadan dengan mengangkat tangan ke arah tentera Israel yang berada kira-kira 100 meter, menunjukka­n mereka bukan mengancam.

Rida Najjar, 29, yang juga sukarelawa­n perubatan berkata, dia berada di sebelah Razan ketika wanita itu ditembak.

“Ketika kami menghampir­i pagar untuk mengambil mangsa yang cedera, tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata.

“Selepas itu penembak tepat melepaskan satu tembakan tepat mengenai Razan. Serpihan peluru mencederak­an tiga lagi anggota pasukan kami.

“Razan pada mulanya tidak sedar terkena tembakan sebelum dia mula menjerit kuat, ‘Belakang saya, belakang saya!’ dan rebah ke tanah.

“Pakaian seragam, jaket dan beg perubatan jelas memberitah­u siapa kami. Tiada penunjuk perasaan lain berdekatan, hanya kami,” katanya.

Razan ditembak kira-kira 100 meter dari pagar sempadan Gaza - Israel ketika memberi rawatan kecemasan kepada seorang penunjuk perasaan.

Rakaman video disiarkan Haaretz, mengesahka­n beliau serta sukarelawa­n lain memakai jaket putih perubatan dan mengangkat tangan ketika menghampir­i mangsa bagi memberi rawatan.

Jurucakap Kementeria­n Kesihatan Palestin di Gaza, Dr Ashraf al-Qedra berkata, lebih 100 cedera akibat tembakan serta gas pemedih mata tentera Israel, termasuk 40 mangsa ditembak dengan peluru hidup.

Razan terbunuh selepas peluru penembak tepat mengenai belakang dan tembus mengenai jantungnya.

Media Palestin yang menyiarkan gambar ibunya memegang jaket putih Razan yang berlumuran darah menggelar wanita itu sebagai ‘Syahid Yang Disayangi’.

Razan adalah mangsa ke-123 ditembak tentera Israel dan sukarelawa­n perubatan kedua terbunuh sejak perhimpuna­n besar-besaran penduduk Palestin di Gaza mulai 30 Mac lalu.

Mousa Jaber Abu Hassanein, 36, yang juga memakai jaket putih perubatan mati ditembak pada 14 Mei lalu.

Selain itu, 223 sukarelawa­n perubatan cedera, termasuk 29 ditembak dengan peluru hidup atau sengaja disasar dengan tembakan gas pemedih mata.

 ??  ?? PETIKAN video anggota pasukan perubatan berusaha menyelamat­kan Razan selepas ditembak tentera Israel. Gambar kecil, Razan. - Al - Jazeera
PETIKAN video anggota pasukan perubatan berusaha menyelamat­kan Razan selepas ditembak tentera Israel. Gambar kecil, Razan. - Al - Jazeera
 ??  ?? IBU Razan memeluk jaket anaknya yang berlumuran darah. - Al - Jazeera
IBU Razan memeluk jaket anaknya yang berlumuran darah. - Al - Jazeera
 ??  ?? PETIKAN video menunjukka­n Razan dan rakannya mengangkat tangan ketika menghampir­i pagar sempadan. - Al - Jazeera
PETIKAN video menunjukka­n Razan dan rakannya mengangkat tangan ketika menghampir­i pagar sempadan. - Al - Jazeera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia