Harian Metro

Omar al-Razzas PM baru Jordan

-

Raja Jordan, Raja Abdullah meminta Omar al-Razzas segera membentuk kerajaan baru selepas peletakan jawatan Perdana Menteri Hani Mulki, semalam.

Menurut sumber kanan kerajaan, langkah bertujuan mengelakka­n bantahan besar-besaran rakyat berhubung dasar ekonomi kerajaan.

Razzaz, bekas pakar ekonomi Bank Dunia ialah Menteri Pendidikan dalam kerajaan terdahulu.

Sebelum ini, Raja Abdullah mengarahka­n Hani Al-Mulki meletak jawatan bagi menenangka­n situasi tegang negara itu, susulan kemarahan rakyat berhubung dasar ekonomi yang mencetuska­n bantahan besar-besaran sejak beberapa tahun lalu.

Bantahan menggegark­an ibu kota Jordan dan beberapa bandar utama sejak Rabu lalu bagi membantah draf rang undang-undang cukai pendapatan baru dan kenaikan harga yang dicadangka­n Tabung Kewangan Dunia (IMF).

Penunjuk perasaan mendesak Hani berundur dan menegaskan mereka tidak akan tunduk selepas mendapat sokongan kesatuan sekerja dan juga majoriti anggota parlimen yang menentang cukai baru berkenaan.

Jordan sebuah negara di padang pasir dengan sumber terhad menyaksika­n kenaikan harga barangan asas dan perkhidmat­an seperti roti, minyak dan elektrik sejak tahun lalu.

Bulan lalu, kerajaan mencadangk­an rang undang-undang cukai pendapatan baru yang belum diluluskan Parlimen bertujuan menaikkan cukai terhadap pekerja sekurang-kurangnya lima peratus dan syarikat antara 20 hingga 40 peratus.

Langkah itu sebahagian pembaharua­n ekonomi sejak Jordan memperoleh bantuan pinjaman tiga tahun berjumlah AS$723 juta (RM2.87 bilion) daripada IMF pada 2016. – Reuters

 ??  ?? OMAR al-Razzas
OMAR al-Razzas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia