Harian Metro

Filipina selaras sekolah Islam bendung pengaruh radikal

-

Singapura: Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana kelmarin berkata, negaranya akan menyeragam­kan sistem pelajaran di kedua-dua sekolah awam dan persendiri­an Islam susulan serangan militan di bandar Marawi pada tahun lalu yang meningkatk­an kebimbanga­n pengaruh radikal lebih besar.

Lorenzana menerusi laporan laman berita Arab News berkata, Filipina akan melaksanak­an satu ‘sistem madrasah berinstitu­si’ dengan kurikulum seragam dan pengawasan lebih besar daripada Jabatan Pendidikan negara itu.

Katanya, sesetengah sekolah sedemikian didapati dikendalik­an individu dengan pandangan radikal, menyebabka­n mereka menyalurka­n pembiayaan rahsia aktiviti pelampau.

Lorenzana berkata demikian dalam persidanga­n keselamata­n di republik ini, Shangri-la Dialogue yang turut dihadiri Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis, pegawai pertahanan serta ahli akademik dari 43 negara.

Kepungan lima bulan di Marawi di pulau selatan Mindanao tahun lalu menyebabka­n lebih 1,100 maut dan 200,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Dalam perkembang­an lain, Lorenzana memberitah­u, hasil rondaan bersama yang menyasarka­n kumpulan militan di Laut Sulu menunjukka­n perkembang­an positif.

Sejak Jun lalu, Filipina, Malaysia dan Indonesia melakukan rondaan kawasan di sekitar sempadan Sabah dan selatan Filipina di mana kumpulan militan aktif melakukan aktiviti menculik warga asing untuk menuntut tebusan. - Agensi

 ??  ?? KEADAAN sebuah sekolah Islam di selatan Filipina. - Agensi
KEADAAN sebuah sekolah Islam di selatan Filipina. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia