Harian Metro

Lima pelombong emas maut tertimbus Dosa 50 tahun

- Daily Mail

Jakarta: Lima pelombong haram di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia maut selepas lombong yang digali runtuh, menyebabka­n mereka tertimbus ketika hujan lebat tengah hari kelmarin, kata Agensi Pencegahan Bencana Indonesia (BNPB).

Menurut BNPB, kelima-lima mayat pelombong, kesemuanya penduduk perkampung­an Bakan, ditemui kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

BNPB dalam kenyataan berkata, pelombong keenam yang tertimbus dalam kejadian itu tidak termasuk dalam jumlah mangsa ketika usaha mencari diteruskan pagi semalam.

Katanya, lombong berhampira­n perkampung­an Bakan itu adalah kawasan berbukit dan curam serta kerap berlaku tanah runtuh.

“Mereka masih meneruskan kerja melombong walaupun hujan lebat,” kata kenyataan itu.

Bakan adalah pusat lombong emas yang diusahakan syarikat PT J Resources Asia Pasifik yang memulakan pengeluara­n pada 2013.

Kebanyakan penduduk yang tinggal berhampira­n tapak lombong percaya mereka juga mempunyai hak untuk menggali mineral berharga itu.

Walaupun kerajaan pusat mengharamk­an pelombonga­n berskala kecil, pegawai tempatan dan polis kerap berdiam diri atau menutup mata terhadap tindakan penduduk.

Lombong itu memberi sumber pendapatan kepada ribuan keluarga miskin tetapi ia menjadi ancaman utama terhadap kesihatan dan alam sekitar. -Reuters

Seorang pesara tentera yang tidak didakwa selepas melanggar mati kanak-kanak perempuan dalam kes langgar lari kira-kira 50 tahun lalu, akhirnya menerima balasan apabila dia mati dilanggar pemandu mabuk, minggu lalu.

Dalam kejadian malam Jumaat lalu, Douglas Parkhurst, 68, terbunuh ketika cuba menghalang pemandu wanita yang hilang kawalan dan merempuh masuk ke dalam padang besbol di Maine, Amerika Syarikat ketika perlawanan berlangsun­g.

Tindakanny­a itu berjaya menyelamat­kan nyawa kanak-kanak yang menyertai perlawanan besbol berkenaan.

Bagaimanap­un, kakak kepada mangsa langgar lari itu, Darlene Ashby McCann menganggap kematian Parkhurst sebagai pembalasan kerana menyebabka­n adiknya yang berusia empat tahun ketika itu, Carolee Ashby, mati dilanggar di Fulton,

 Lelaki langgar lari budak perempuan maut dirempuh kereta

New York, pada 1968.

Parkhurst membuat pengakuan melakukan jenayah itu pada 2013 dan turut mengaku memandu dalam keadaan mabuk.

“Saya bersyukur kanak-kanak berkenaan terselamat tetapi sukar untuk saya melihatnya sebagai seorang wira,” kata Darlene kepada DailyMail.com, kelmarin.

Parkhurst tidak pernah didakwa di mahkamah atas kematian adiknya disebabkan pengakuan yang dibuat terlalu lewat bagi membolehka­n dia didakwa.

“Ia begitu ironi dan keadilan kini ditegakkan. Ia sudah lengkap. Saya kini lega selepas bertahun-tahun kami menanggung derita,” katanya.

Namun, bapanya tidak sempat mengetahui siapa yang bertanggun­gjawab melanggar adiknya kerana baru meninggal dunia, manakala ibunya meninggal dunia tahun lalu tanpa menerima permohonan maaf secara peribadi daripada Parkhurst.

“Hanya itu yang ibu mahu. Dia mungkin masih muda ketika itu dan membuat kesilapan bodoh tetapi dia menjadi seorang lelaki selepas itu, namun tidak melakukan perkara yang sepatutnya iaitu meminta maaf.

“Anda tidak mungkin boleh melupakann­ya,” kata wanita itu lagi.

Sementara itu, polis menahan pemandu wanita yang melanggar Parkhurst, Carol Sharrow, 51, dan didakwa dengan tuduhan membunuh.

Saksi yang melihat kejadian berkenaan memberitah­u, mangsa cuba menutup pintu pagar untuk menghalang kenderaan itu sebelum dia dirempuh dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

 ??  ?? KERETA yang dipandu wanita mabuk itu masuk ke padang besbol selepas melanggar
Parkhurst. - Agensi
KERETA yang dipandu wanita mabuk itu masuk ke padang besbol selepas melanggar Parkhurst. - Agensi
 ??  ?? PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang ditimbus runtuhan lombong emas haram di Bakan, Sulawesi Utara. - Tribunnews
PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang ditimbus runtuhan lombong emas haram di Bakan, Sulawesi Utara. - Tribunnews

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia