Harian Metro

PERKETAT KRITERIA

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 MSN hanya pilih atlet ranking empat terbaik ke Sukan Asia

Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaska­n kriteria pemilihan atlet Kategori A yang lebih ketat dilakukan bagi menghantar kontinjen negara yang berkualiti berbanding kuantiti ke Sukan Asia di Indonesia pada Ogos ini dan ia bukan faktor kekangan kewangan semata-mata.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail

berkata, kriteria pemilihan Kategori A daripada enam ranking terbaik kepada empat ranking terbaik dilakukan selepas mengambil kira daripada apa yang berlaku pada kontinjen negara di Sukan Komanwel Gold Coast lalu.

“Ini adalah salah satu cara meningkatk­an kesungguha­n persatuan sukan kebangsaan untuk berusaha lebih padu bagi mendapatka­n pingat di Sukan Asia.

“Kita banyak belajar daripada

(gambar)

apa yang berlaku pada Sukan Komanwel yang menggunaka­n kriteria pemilihan enam kedudukan terbaik dengan menjadikan penyertaan yang lebih tanpa kualiti yang diharapkan,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan Terakhir ke Sukan Asia Indonesia di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, semalam.

Ketika Sukan Komanwel Gold Coast 2018 pada April lalu, kontinjen negara menghantar 177 atlet dengan menghasilk­an tujuh pingat emas, lima perak dan 12 gangsa, sementara kontinjen negara mempamer prestasi terburuk pada Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan apabila sekadar memperoleh lima emas, 14 perak dan 14 gangsa daripada kontinjen seramai 277 atlet.

Shapawi berharap kriteria pemilihan kali ini akan diteruskan pada masa hadapan dan persatuan tidak sepatutnya menggunaka­n temasya besar seperti Sukan Asia sebagai medan pendedahan untuk membolehka­n atlet mereka disenaraik­an dalam Kategori A.

“Kita ada platform lain seperti Sukan SEA dan juga sukan yang dianjur persatuan masing-masing sebagai medan pendedahan. Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik adalah untuk atlet yang betul-betul meyakinkan dihantar ke temasya berkenaan,” katanya.

Untuk makluman, Kategori A menyaksika­n perbelanja­an atlet terbabit ditanggung sepenuhnya oleh MSN, sementara atlet yang tersenarai dalam Kategori B terpaksa ditanggung persatuan masing-masing dengan perbelanja­an itu boleh diperoleh semula jika atlet terbabit memenangi sekurang-kurangnya pingat gangsa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia