Harian Metro

NSA kurang senang cara pemilihan atlet

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) rata-rata terkejut dengan kriteria pemilihan atlet yang lebih ketat di bawah Kategori A bagi pemilihan ke Sukan Asia di Indonesia pada Ogos ini sehingga menimbulka­n rasa kurang senang sebilangan NSA.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen

yang tidak berpuas hati dengan mesyuarat semalam berkata, mereka hanya dimaklumka­n tentang perubahan kriteria pemilihan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan Terakhir ke Sukan Asia di Indonesia itu.

“Mereka (Majlis Olimpik Malaysia) baru saja memaklumka­n

(gambar)

kepada kami yang mereka mempunyai peruntukan terhad, jadi kini hanya mereka yang berada empat terbaik berpeluang ke Kategori A.

“Bagi saya, ia tidak adil terutama sekali kepada sukan renang kerana renang mempunyai acara terbanyak iaitu 38 acara dan 38 pingat. Jadi jika kita tidak memberi pendedahan pada platform ini, kita tidak akan tahu kedudukan prestasi atlet kita,” katanya.

Bagi skuad badminton, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berkata, badan induk itu menyenarai­kan 10 pemain lelaki dan 10 pemain wanita tetapi hanya 14 pemain saja iaitu 10 lelaki dan empat wanita yang dimasukkan kepada kategori A.

“Kalau kami ingin menghantar pemain dalam acara berpasukan, perseorang­an wanita dan beregu wanita, kami boleh menyertain­ya menerusi kategori B.

“Saya akan balik berbincang dengan BAM dulu sebelum membuat sebarang keputusan (sama ada mahu menghantar atlet di bawah Kategori B),” katanya.

Setiausaha Agung Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) Vincent Chen pula berkata, badan induk itu tidak begitu bimbang terhadap penyenarai­an atlet dalam Kategori A.

“Rekod pencapaian empat tahun lalu di Incheon membuktika­n yang atlet kami meraih pingat bukanlah tersenarai dalam Kategori A,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia