Harian Metro

Tampil aktiviti menarik

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Penaja siaran Piala Dunia sediakan skrin besar, peluang bertemu selebriti

Kemeriahan sambutan Piala Dunia 2018 Rusia semakin dirasai apabila penaja penyiaran, Aset Kayamas Sdn Bhd dan Wonda Coffee akan menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik pada 15 Julai ini.

Untuk meraikan pusingan akhir Piala Dunia itu, Aset Kayamas menyediaka­n tayangan skrin besar manakala peminat berpeluang beramah mesra dengan selebriti serta lagenda bola sepak tanah air di Desa Sentral.

Menurut Pengarah Eksekutif Aset Kayamas, Michael Chai, sebagai syarikat pemaju hartanah di negara ini, mereka tidak mahu ketinggala­n untuk meraikan perkembang­an kejohanan Piala Dunia sejak 1930.

“Piala Dunia sudah berkembang seiring dengan iklim bola sepak. Sama seperti kami, di mana sejak penubuhan kami sudah berkembang, mengubah minda, inovasi dan mereka bentuk rumah yang sesuai dengan pelanggan kami

“Kami mahu menggunaka­n platform Piala Dunia ini untuk menjayakan misi kami sebagai jenama yang dekat dengan semua kaum di negara ini.

“Kerana itu antara misi kami untuk mewujudkan satu komuniti pelbagai kaum menerusi projek perumahan mampu milik,” katanya dalam sidang media selepas majlis pengumuman sebagai penaja penyiaran siaran ASTRO Piala Dunia 2018 Russia, di sini hari ini.

Sementara itu, Wonda Coffee yang turut tampil selaku penaja memperkena­lkan produk kopi edisi terhad khusus untuk semua peminat kopi dan bola sepak di negara ini.

“Produk baru kopi Wonda dan terhad ini pastinya akan menggembir­akan peminat kopi serta sukan bola sepak yang akan mengikuti kejohanan Piala Dunia ini nanti. Kami berbesar hati kerana dapat turut serta dalam menjayakan kejohanan bola sepak terbesar ini,” kata Naib Presiden Bahagian Pemasaran Etika, T Santharuba­n.

Sebanyak 32 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan berprestij bermula 14 Jun ini di Russia dengan ASTRO selaku penyiar rasmi akan menyiarkan 64 perlawanan dengan 37 perlawanan eksklusif.

 ?? FOTO: ?? T SANTHARUBA­N (kiri), Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay (tengah) dan Chai (kanan) merasmikan majlis memperkena­lkan penaja siaran bagi FIFA Piala Dunia Russia 2018 di Ruyi & Lyn, Bangsar Shopping Centre, semalam.
FOTO: T SANTHARUBA­N (kiri), Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay (tengah) dan Chai (kanan) merasmikan majlis memperkena­lkan penaja siaran bagi FIFA Piala Dunia Russia 2018 di Ruyi & Lyn, Bangsar Shopping Centre, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia