Harian Metro

DeChambeau cipta kejutan di Dublin

-

Dublin, Amerika Syarikat: Bryson DeChambeau

melakukan birdie di lubang kedua playoff untuk menewaskan pemain Korea Selatan An Byeong-hun dan meraih gelaran terbesar kariernya di Memorial.

DeChambeau, 24, memastikan gelaran miliknya dengan birdie dari jarak 12 kaki di lubang 18 selepas mengharung­i playoff tiga penjuru.

DeChambeau terikat dengan Byeong-hun dan Kyle Stanley pada 15 bawah par dalam permainan sebenar selepas kedua-dua lawan dari Amerika Syarikat (AS) itu mengakhiri saingan dengan bogey.

Stanley, 30, tersingkir pada lubang penentuan pertama selepas sekali lagi mencatat bogey di lubang 18. Byeong-hun dan DeChambeau kembali ke kotak tee untuk penentuan kedua yang menyaksika­n bola pukulan kedua pemain Korea itu terkena payung penonton. Dia menemui green pada pukulan ketiga tetapi DeChambeau memastikan gelaran Jelajah PGA keduanya dengan penamat birdie.

“Saya tidak dapat menggambar­kannya. Memenangi acara ini satu penghargaa­n besar,” kata DeChambeau merujuk kepada kejohanan anjuran Jack-Nicklaus itu. “Dia pemain paling hebat. Secara jujurnya saya kelu.

“Ini adalah kemenangan penting dalam karier saya kerana ia berlaku di lapangan Jack dan sebagai pengiktira­fan kepada kehadiran saya dalam jelajah.”

Bekas pemain nombor satu dunia, Tiger Woods gagal meneruskan rentak cemerlang apabila juara major 14 kali itu bergelut dengan tiga bogey menuju ke penamat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia